Hiburan By: Del14 November 13, 2019 @ 2:06pm

Adegan Tak Berbaju Bukan Gimik? Hairul Azreen Berangan Jadi Keanu Reeves

Demi menjayakan watak yang dibawanya dalam filem Wira, pelakon Hairul Azreen sanggup tidak berbaju sambil menonjolkan tubuhnya yang sasa di dalam filem tersebut.

Walau bagaimanapun menurut laporan sebuah portal, suami kepada selebriti Hanis Zalikha ini menafikan bahawa dia sengaja berbuat demikian sebagai ‘gimik’ untuk melariskan filem.

“Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam .

“Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini,” kata Hairul yang menjelaskan bahawa ia adalah atas permintaan pengarah filem, Adrian Teh untuk memantapkan jalan cerita.

 Hairul yang mengalami kecederaan ligamen kaki kanan terkoyak ketika penggambaran juga menjelaskan bahawa walaupun pernah tercedera dalam filem Paskal, kecederaan yang dialami demi menjayakan filem Wira adalah yang paling teruk setakat ini.

Mendapat tunjuk ajar dari pengarah lagak ngeri terkenal Indonesia yang juga pernah membintangi filem John Wick, Yayan Ruhian, Hairul tidak dapat membendung rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan Yayan. 

“Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem Hollywood itu. Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi.  Malah, dia sangat merendah diri meskipun sangat terkenal,” katanya lagi. 

Dibintangi oleh pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Hilal Azman, Josiah Hogan, Fify Azmi, Ismi Melinda , Henley Hii, dan Yayan Ruhian, filem Wira menyaksikan kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment,ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios dan akan ditayangkan di pawagam bermula 21 November ini.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Che Ta Tak Nak Kongsi Zain!

Apa cerita pulak ni?

Trending Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Dakwah Cara Anak Muda, Da’i Adam Mahu Kerap Turun Padang

Jika diberi peluang untuk mengacara sesebuah program, saya memilih program untuk mendekati belia di luar sana dan memperbanyakkan aktiviti turun padang untuk berdakwah. Insya Allah jika diizinkan-Nya, doakan agar segalanya dipermudahkan…

Fab Foodies! Sun, 22 Apr 2018

Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Bukan sahaja boleh makan kek yang fresh from the oven tau, anda juga boleh belajar cara untuk baking bersama teman rapat dan anak-anak anda!

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Hanya Sampaikan Cerita, Drama Band Tiada Niat Cetus ‘Drama’

Drama Band sedia terima kritikan daripada netizen. Dalam masa sama, mereka memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa.