Acara By: Yanie Baharom August 27, 2019 @ 4:22pm

Alha Alfa Cosmetics tawar harga durian runtuh, DuitNow hadiah iPad buat pengunjung bertuah!

Gerai Alha Alfa Cosmetics (AAC) diserbu pengunjung yang membanjiri Aman Central, Alor Setar, Kedah, bagi mendapatkan diskaun 20 peratus untuk setiap produk yang ditawarkan jenama komestik terkenal tempatan itu.

Apa yang lebih menggembirakan pengasasnya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau Alha, apabila 200 kotak set Soul Matte dan Soul Glow, habis dijual!

Set makeup dilengkapi 4 item iaitu Glow Booster Primer, Radiant Setting Spray, Foundation dan Glow Loose Powder yang berharga RM159.90 itu, diturunkan kepada RM100 saja, menyaksikan ia paling laris sehingga  habis terjual dalam masa kurang satu jam!

Orang ramai membanjiri booth Alha Alfa yang menawarkan harga durian untuk setiap pembelian produknya!

Dianggarkan lebih 70 peratus produk AAC terjual pada acara Alha Alfa mewarnai Siri Jelajah ABPBH 32 yang berlangsung di pusat membeli-belah itu Sabtu lalu.

Patutlah Datuk Alha, nampak gembira dan asyik tersenyum saja! Sebagaimana yang diketahui umum, AAC terbabit sebagai penaja utama ABPBH untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun ini dan tahun sebelumnya.

Penaja bersama, DuitNow pula mengejutkan pengunjung dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan dua iPad selain wang tunai RM50 kepada pengunjung yang mendaftar sebagai pelanggan sekali gus mengundi calon top 5 ABPBH 32 melalui DuitNow.

Aiza Adriena Abdull Ropha mengundi artis kegemaran menerusi DuitNow serendah RM 0.50 untuk 30 undian ketika siri jelajah ABPBH 32 di Alor Setar, Kedah.

Pengisian persembahan di pentas utama juga cukup mengujakan apabila penyanyi popular, Siti Nordiana yang tercalon sebagai top 5 menerusi enam kategori, hadir untuk bertemu peminat.

Siti Nordiana yang mesra disapa sebagai Nana mengotakan janjinya untuk melakukan persembahan secara duet, apabila menyampaikan lagu Memori Berkasih dan Terus Mencintai dengan dua peminat bertuah.

Persembahan daripada Siti Nordiana berduet bersama peminat di program Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 32 ke Alor Setar yang diadakan di Aman Central.

Kumpulan yang semakin meningkat naik dengan lagu berjudul Pulang yang menjadi siulan anak muda ketika ini iaitu Insomniac, turut menyajikan persembahan akustik yang bertenaga.

Kumpulan Isomniacks menyampaikan single hit mereka, Pulang dan beberapa seleksi lagu secara akustik.

Gimik jelmaan Hantu Kak Limah yang muncul berkain batik dan baju kurung Kedah, lengkap dengan bedak sejuk di muka, menambahkan kegamatan acara promosi ABPBH 32.

‘Entiti’ atau watak popular daripada filem komedi seram arahan Mamat Khalid itu kelihatan berlegar-legar di kawasan penonton dengan diiringi lagu, Enjit Enjit Semut.

Kehadiran karakter cukup dikenali ramai berkenaan pada acara itu disambut sorakan pengunjung pusat beli-belah terbabit, walaupun tidak kurang yang terkejut dan cuak dengan kemunculannya secara tiba-tiba.

Gimik hantu kak limah bikin Aman Central gamat.

Kemunculan watak itu di celah-celah ribuan manusia sebagai satu simbolik memperkenalkan pemain watak berkenaan di layar lebar, Delimawati, yang juga calon Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Siri jelajah kedua ABPBH 32 yang menampilkan Haiza Hanafi dan Emcee Fizz sebagai pengacara, turut dihangatkan dengan kemunculan calon akhir lain antaranya, Atiq Azman, Afieq Shazwan, Adam Lee, Ryan Deedat dan DJ Lin.

Penyampai radio, Haiza yang bertindak sebagai pengacara berkenaan juga sempat menyampaikan single terbarunya, Young & Gentleman.

Penaja Utama, Datuk Alha Alfa, Pengarang Hiburan BH, Azree Samshir dan artis, Haiza, Isomniacks, Atiq Azman, Siti Nordiana, Dj Lin, Ryan Deedat, Adam Lee dan Afieq Syazwan bersama peminat ketika siri jelajah ABPBH 32 di Alor Setar, Kedah.

Sempena acara itu, pelbagai pengisian diaturkan di ruang legar utama pusat beli-belah berkenaan, bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Selain aktiviti persembahan, penaja utama ABPBH 32, Alha Alfa Cosmetics, turut berkongsi ilmu solekan dengan mengadakan demonstrasi solekan glow di pentas utama, jam 1 tengah hari.

Pengasas Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil membuat demonstrasi mekap glow kepada pengunjung bertuah.

Penaja bersama, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu pengendali perkhidmatan pembayaran elektronik, DuitNow, akan memperkenalkan produk syarikat itu yang menjadi medium peminat melanggan akhbar digital BH sempena promosi ABPBH 32.

Sebelum malam kemuncak ABPBH 32 berlangsung pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), acara santai bersama kelab peminat iaitu #FANtastik dan showcase akan diadakan di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor, pada 14 September.

 

FOTO: NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN dan AZIAH AZMEE

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Acara Sun, 15 Mar 2020
Acara Thu, 12 Dec 2019
Acara Fri, 6 Sep 2019
Acara Wed, 9 Oct 2019

Realme siri ke-5 penanda aras terbaharu untuk segmen telefon pertengahan

Quad kamera dan cip pemprosesan yang lebih berkuasa untuk pengguna

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

| Live TV