Acara By: Yanie Baharom March 18, 2019 @ 10:00am

Alha hadiahkan ibu Mercedes-benz C200 QMG 2.0 sebagai penghargaan. Top stokis pun dapat kereta tau!

Berbuat baiklah kepada ibu bapa, nescaya kehidupan si anak dilimpah ruahkan dengan nikmat rezeki dan diberkati Allah SWT.

Menyedari apa yang dimilikinya hari ini tidak akan mungkin dicapai tanpa berkat restu, doa dan kasih sayang ibu, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali sebagai Alha Alfa, telah menyentuh hati ramai apabila menghadiahkan ibunya sebuah kereta Mercedes-benz C200 QMG 2.0.

Alha melakukan kejutan itu bersempena ulang tahun kelahiran ibunya, Norsham Ahmad yang  ke-60 pada majlis Makan Malam Tahunan Alha Alfa Cosmetics 2018 yang berlangsung di Hotel Majestic tidak lama dulu.

Jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa (tiga kiri) memberi hadiah kepada ibunya,Norsham Ahmad (lima kiri) sempena ulangtahunnya pada Majlis Makan Malam Ulangtahun Kedua Alha Alfa di The Majestic Kuala Lumpur. Foto: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Ditemui pada acara gilang-gemilang meraikan stokis, ejen dan tetamu syarikat itu sekitar Mac lalu, Alha meluahkan rasa syukur kerana sudah lama menyimpan hasrat memenuhi impian ibu.

“Alhamdulillah, sebenarnya, sudah lama saya bertanya kereta idaman ibu. Beliau ada menyuarakan impiannya. Disebabkan ada rezeki, saya niat untuk membelikan kereta itu sempena hari kelahirannya.

“Ibu tidak tahu mengenai kejutan ini. Saya sengaja merahsiakannya,” katanya.

Sebagai anak, Alha berbesar hati dapat membuatkan ibu bapanya gembira apatah lagi, pemberian ini tidak cukup untuk membalas jasa kedua orang tua yang membesarkannya.

“Istimewanya, ulang tahun produk saya jatuh pada hari jadi ibu. Ia ibarat kegembiraan berganda sama ada dari segi kerjaya dan peribadi buat saya pada tahun ini,” katanya

Produk dapat sambutan

Alha berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi jurusolek nombor satu negara, sebaliknya bersyukur dengan sambutan yang diberikan terhadap produk kosmetik yang diasaskan.

“Impian saya, setiap wanita mempunyai sekurangkurangnya satu produk kosmetik Alha Alfa,” katanya.

Majlis penuh gemilang itu menampilkan Jihan Muse sebagai pengacara, turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi bersuara lunak Misha Omar, Ayda Jebat, Idayu dan Andi Bernadee.

Selebriti seperti Fasha Sandha, Amyra Rosli, Izreen Azmindar, Faradhiya dan Sherry Ibrahim, termasuk jurusolek serta usahawan kosmetik popular, turut hadir menghangatkan acara.

Selain ia menjadi malam yang bermakna buat ibu Alha, pastinya cara itu melakar momen indah kepada Asmah Nasir dari Pulau Pinang yang diumumkan sebagai Top Stokis. Komitmen dan kerja kerasnya meraih nilai jualan tertinggi iaitu RM2.2 juta sepanjang tahun lalu, berbaloi apabila dihadiahkan sebuah kereta Perodua Bezza 1.3 prex (A), pakej umrah dan trofi penghargaan.

Sementara itu, Alha memaklumkan syarikatnya memperuntukan RM2 juta untuk tujuan promosi rangkaian produk baharu bagi tahun 2019. Antara perancangannya memperkasakan jenama Alha Alfa Cosmetics adalah pemasangan iklan pada pengangkutan awam seperti MRT.

Amyra Rosli, antara selebriti yang turut hadir

Faradhiya

Sherry Ibrahim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 16 May 2019
Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Tue, 2 Apr 2019
Acara Sun, 24 Jun 2018

Pemenang Peraduan Hijab & Heels Teruja Berbuka Puasa Dengan Remy Ishak

Wah, bukan senang nak dapat peluang sebegini!

Acara Sun, 23 Dec 2018
Acara Tue, 30 Oct 2018

Kehangatan Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor Bahru Turut Dirasai Di Booth Hijab & Heels

Sama seperti edisi Jom Heboh sebelum ini, acara ini memang seronok.

Acara Mon, 15 Jul 2019

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

BH dekati pembaca yang setia menyokong ABPBH

Acara Wed, 5 Jun 2019

Sherry Al-hadad dan Ammar Titan tak puasa? Biar betul!

Ikuti sedutan video Belakang Tabir Jom Kejar Bersama Panasonic!

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Thu, 5 Dec 2019