Acara By: Bibi Ramli April 4, 2018 @ 4:23pm

Apo Kono Eh Jang Duduk Rumah Ajo. Jom Poie Gegaria Fest Seremban 7 April Ini!

Sebelum ini orang KL, Ipoh, JB, Kuantan dan Shah Alam dah puas enjoy aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di Gegaria Fest yang diadakan di bandar mereka.

Kini giliran orang Seremban pula! Acara meriah dan happening ini akan berlangsung pada Sabtu ini (7 April) di Dataran Centrio Seremban 2, Seremban.

Mari tengok apa aktiviti-aktiviti menarik yang menanti pengunjung:

Jom bersenam!

Aktiviti Gegaria Fest Seremban akan dimulakan dengan Fitness Dance yang akan dikendalikan oleh trainer kacak Izzat Zin. Jom bersenam! Sesiapa yang berminat, boleh register di sini. Anda akan dapat doorgift berisi T-shirt, beg drawstring dan bandana percuma!

Jom makan!

Lepas dah penat bersenam, isi perut anda dengan pelbagai jenis juadah menarik. Food truck ada di merata-rata, jadi pilih saja yang mana nak.

Selain itu, di zon Chillex pula, anda boleh menonton demo memasak yang dipersembahkan oleh hos Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman dan hos CJ Wow Shop, Akma.

Di zon ini juga, anda berpeluang menyertai Food Challenge serta menangi hadiah cenderahati Jalan-Jalan Cari Makan, jadi jangan lupa singgah ye!

Jom jumpa selebriti!

Selain menawarkan pelbagai aktiviti hands-on, Gegaria Fest juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menemui artis-artis tempatan kegemaran mereka di zon Lifestyle.

Menanti anda di Gegaria Fest Seremban ialah hos-hos ntv7, iaitu Diana Danielle dan Nazrudin Rahman (dari rancangan Kata Serasi); dan Azira dan Shalma (dari rancangan Pop).

Pelakon Reen Rahim dan Eyka Farhana serta kumpulan Bunkface juga akan menemui peminat mereka, jadi jangan lepaskan peluang ini!

Sementara itu, di zon Lifestyle juga, beberapa selebriti akan berkongsi pengalaman dan pendapat mereka tentang topik-topik tertentu.

Elfira Loy akan bercakap mengenai fesyen dan kecantikan manakala social media influencer Faizdickie dan Vikar akan berkongsi info tentang menukarkan minat kepada kerjaya.

Penyanyi Wani Kayrie yang meraih keputusan 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas akan berkongsi tips kejayaannya.

Pasangan selebriti terkemuka Scha Al-Yahya dan Awal Ashari pula bercakap mengenai parenting, manakala Dr Say, Hanif Shawn dan Nana Al-Haleq akan berkongsi tips kesihatan. Penuh informasi!

Jom main game!

Untuk semua gamers di Seremban, ada aktiviti khas untuk anda!

Antaranya cabaran “F1 Racing Simulator” yang menjanjikan hadiah terkumpul sebanyak RM2,000 untuk pemenang. Pemain dengan masa terpantas akan diisytiharkan sebagai pemenang. Untuk game ini, anda hanya perlu ‘walk-in’ ke booth eSports. Tertakluk kepada terma dan syarat di sini.

Untuk yang tak nak join mana-mana tournament, ada permainan elektronik yang free untuk dimain, seperti Until Dawn: Rush of Blood, Dragon Ball Z dan Mario Kart 8 Deluxe.

Bukan itu saja! Permainan tradisional pun ada, seperti congkak gergasi, baling slipper dan timbang takraw, jadi semua orang boleh cuba.

Jom berhibur!

Acara yang mungkin dinanti-nantikan oleh para pengunjung Gegaria Fest ialah konsert artis Malaysia yang menutup tirai setiap edisi pesta ini.

Konsert ini akan dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan Gerhana Ska Cinta dan Orkes A. Hizadin pada bahagian petang.

Pada waktu malam pula, Waris, Noh Salleh, kumpulan Kugiran Masdo dan Bunkface akan membuat persembahan. Gerenti gempak!

Bonus! 

Jangan ingat nak berseronok je ye! Di Gegaria Fest, ada kiosk Suruhanjaya Pilihan Raya dan KWSP, dan juga kiosk pemeriksaan kesihatan.

Jangan lupa! Anda akan dapat badge untuk setiap aktiviti yang anda sertai di pesta ini. Anda boleh gunakannya untuk menebus makanan seperti apam balik, aiskrim potong dan lain-lain.

Menarik, kan? Kalau tak percaya, jom tengok video ini yang dirakam di edisi Gegaria Fest Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

 

Please enable Javascript to watch this video

Gegaria Fest seterusnya akan diadakan di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 14 April. Jangan ketinggalan ye orang-orang Nogori. Jangan lupa juga untuk menggunakan tandapagar #GoGegaria, #KitaOK dan #YOUCANDUIT di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda di Gegaria Fest. layari laman Facebook GoGegaria atau laman sosial Instagram @GoGegaria untuk maklumat lanjut. Jumpa di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 15 Mar 2018

Jumpa Selebriti & Menangi Hadiah Menarik Di Lifestyle Booth Gegaria Fest Ipoh. Kome Jangan Tak Datang Ye!

Orang Ipoh semua! Anda mesti dah pernah dengar tentang Gegaria Fest kan? Sebelum ni, acara yang meriah dan mendapat sambutan menggalakkan ni pernah diadakan di Shah Alam, Johor Baru dan Kuantan. Ramai gila orang datang!

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Thu, 29 Mar 2018

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Mon, 23 Sep 2019
Acara Sat, 31 Aug 2019

Bazar Merdeka Habib tawar potongan 80 peratus!

Cepat rebut peluang miliki barang kemas istimewa Merdeka

Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.

Acara Mon, 24 Jun 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels-ASNB bantu lahir usahawan wanita

Latihan asas kemahiran untuk jana pendapatan

| Live TV