Acara By: Shaidah Shafie August 31, 2019 @ 11:37am

Bazar Merdeka Habib tawar potongan 80 peratus!

Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) menawarkan potongan harga sebanyak 80 peratus bagi setiap pembelian barang kemas berlian dan batu permata terpilih sepanjang Bazar Merdeka Habib berlangsung bermula 30 Ogos hingga 2 September ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadiq Habib, berkata selain potongan harga, Habib turut menawarkan pelbagai jualan menarik bagi meraikan Hari Kebangsaan yang ke-62.

Pengarah Urusan Kumpulan Habib Jewels, Datuk Seri Meer Habib mempromosikan Bazar Merdeka Habib 2019. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

Beliau berkata, jualan Bazar Merdeka besar-besaran itu juga diadakan di 17 bilik pameran seluruh negara bagi meraikan usia Habib yang hampir menyamai usia kemerdekaan Tanah Melayu.

“Ramai tahu Habib sinonim dengan imej barang perhiasan dan melakar sejarah tersendiri dalam industri barang kemas.

“Sebagai menghargai sokongan pelanggan terhadap jenama ini kami mengadakan pelbagai aktiviti, promosi dan tawaran menarik khas untuk penggemar barang kemas seluruh negara,” katanya pada majlis pelancaran Bazar Merdeka Habib, di Kuala Lumpur, semalam.

Antara perhiasan yang ditawarkan pada harga rendah sepanjang Bazar Merdeka Habib berlangsung di 17 bilik pameran Habib sehingga 2 September ini. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

Bersempena dengan bazar istimewa itu, Habib menawarkan potongan RM10 hingga RM25 segram untuk emas 916/999 dan harga serendah RM62 untuk sepasang subang mutiara.

Lebih mengujakan, kepingan emas seberat 2 gram bermotifkan bangunan bersejarah Malaysia ada dijual dan loket emas 916 bermotif bendera Malaysia dijual pada harga RM118 sahaja.

Meer Sadik beramah mesra dengan pelanggan yang hadir pada Majlis Perasmian Bazar Merdeka Habib di Habib Ampang Point. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

Meer Sadik berkata, memandangkan jenama Habib lahir di Malaysia, rekaan yang ditawarkan sempena Bazar Merdeka ini juga diterapkan dengan elemen negara Malaysia.

“Antara yang ditawarkan pada Bazar Merdeka ini ialah rantai panjang (tassle chain), barang kemas yang sesuai digayakan dengan pakaian tradisional di Malaysia, direka khas oleh pasukan pereka kami.

“Walaupun harga emas agak tinggi kini, barang perhiasan tetap dicari penggemar dan kami memberi potongan harga untuk pembeli,” katanya yang menyasarkan RM10 juta untuk kutipan sempena bazar ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli barang kemas Habib yang ditawarkan potongan sehingga 80 peratus sepanjang tiga hari Bazar Merdeka Habib berlangsung. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

Habib yang juga terkenal sebagai saudagar barang kemas terulung mencecah usia 61 tahun  turut menawarkan kepada pelanggan set penyedut minuman logam dengan setiap pembelian RM3,000 dalam satu resit.

Jangan lepaskan peluang ini, kunjungi Bazar Merdeka Habib di seluruh negara yang berlangsung sehingga Isnin ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 20 Dec 2019
Acara Sun, 12 Aug 2018

10 Lokasi Route Basikal Popular & Selamat Yang Wajib Anda Explore. Jom Kayuh!

Tiada lagi kekangan untuk anda melakukan aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan.

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Acara Mon, 24 Jul 2023

‘Lekaih Mai’ Ke Karnival Jom Heboh Di Pulau Pinang

Hari Kari Malaysia BABA’S Menggandakan Kemeriahan Ulang Tahun KJH ke-20!

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

Acara Fri, 10 Feb 2023
Acara Tue, 30 Aug 2022
Acara Thu, 15 Jun 2023
Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Acara Fri, 19 Aug 2022

Aqila Afindi Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2022

Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2022