Acara By: Yanie Baharom February 26, 2020 @ 9:39am

Berpeluh sakan di gimnasium mewah, TP Zumba syok habis!

Perasaan teruja menyelubungi saat melangkah masuk ke pusat gimnasium, Babel Fit, yang menjadi lokasi aktiviti TudungPeople Zumba (PT Zumba) yang diadakan Sabtu lalu.

Skala prestij pusat gimnasium terletak bersebelahan dengan butik jenama mewah, Dior dan berdepan Chanel ini, yang berada di aras G & 1 gedung beli-belah KLCC itu, terlihat sangat luar biasa mewah.

Bermula dari ruang masuk sehinggalah setiap inci dalamnya, menjanjikan pengalaman yang cukup berbeza, bersesuaian dengan tagline ‘A Gym Like No Other‘.

Dibina di kawasan strategi yang memudahkan pelancong, penduduk setempat dan pelanggan yang jauh (kerana kedudukannya di pusat tumpuan pelancong yang terintegerasi dengan pengangkutan umum), hiasan arca atlet serta gabungan warna pekat seperti oren kemerahan dengan perabot emas sudah membuatkan kita terlarut seketika dalam golongan kelas atasan.

Mengambil tapak seluas 15,000 kaki persegi, Babel KLCC menyambut tetamu dengan kafe yang menghidangkan makanan sihat.

Sejurus masuk ke arena bersenam di tingkat satu melalui tangga putar, mata  akan terpesona dengan tema ‘karnival di hutan,’ tetamu pasti kagum dengan pokok-pokok dan kehijauan tulen yang menghiasi kawasan angkat berat dan mesin gim yang lainnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Moga lebih rajin pecah peluh lepas ni… ???????? ????????‍♀️???? More from today’s fun session. ???? @tudungpeople @babel.fit #tpootd #tudungpeople #tpzumba

A post shared by AnidaSalwani (@anida_salwani) on

Apabila memasuki ruang HIIT Babel, pelanggan akan menyedari pelbagai cahaya LED yang disusun secara geometri (terdiri daripada lebih setengah kilometer lampu) berselerak di siling, boleh diprogramkan untuk bergerak dan menukar warna selari dengan bunyi sekeliling.

Foto: Hijab & Heels Archive

Seluruh premis dilengkapi dengan sistem stereo yang setanding kelab-kelab dan pastinya mengerahkan tenaga untuk lebih bersemangat memulakan gerakan.

Foto: Hijab & Heels Archive

Berbalik pada aktiviti TP Zumba yang dianjurkan jenama tudung terkenal, TudungPeople, selain menawarkan pengalaman bersenam dengan gaya mewah, semestinya mesej menjaga kesihatan itu menjadi misi utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you all for coming! We just had a really fun & intimate get together at @babel.fit for our upcoming release… Care to guess which collection this may be? #TPZumba

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

Menurut pemilik jenama TudungPeople sendiri, Fazrena Aziz, TP Zumba ini bukanlah pertama kali dianjurkan oleh TudungPeople. Siri pertamanya pernah diadakan di sebuah lokasi acara iaitu The Parley, Putrajaya pada Ogos 2018.

“Saya amat bersyukur kerana penyertaan TP Zumba kali ini sangat happening. Ada rakan media, pempengaruh, Instafamous termasuk pelanggan Tudung People yang dikasihi.

“Selain kami mahu menggalakkan 40 peserta yang terlibat merasai pengalaman berzumba, tentu sahaja keutamaannya untuk menyampaikan mesej betapa pentingnya senaman untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hujung minggu yang berpeluh! Jenama Tudung People, hari ini merencanakan satu aktiviti sihat dinamakan sebagai TP Zumba yang membabitkan pihak media dan pencinta jenama hijab berkenaan. Acara bermula sekitar jam 11 pagi hingga 2 petang itu diadakan di gimnasium mewah, Babel Fit club KLCC. Semua 40 peserta mengenakan koleksi sukan Tudung People iaitu Najwa Sports yang sangat selesai dipakai tatkala melakukan senaman mahupun aktiviti lasak. Pemilik Tudung People, Fazrena Aziz yang sedang hamil enam bulan turut hadir memeriahkan acara berkenaan. @tudungpeople @babel.fit #hujabnheels #gijabnheelsofficial #tpzumba #tudungpeople #senaman #sihat #hujungminggu

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

“Lebih mengujakan, kami juga mahu peserta merasai sendiri pengalaman memakai koleksi sukan keluaran TudungPeople yang sangat selesa ketika melakukan aktiviti senaman mahupun ekstrem.

“Tahun ini misalnya, kami memperkenalkan Najwa Sports Black Series dimana kesemua lapan koleksi yang dikeluarkan berwarna hitam. Terdahulu koleksi sukan yang diperkenalkan kami adalah Najwa Sports Collection,” katanya.

Tambahnya lagi, Najwa Sports Black Series menawarkan kepelbagaian pakaian sukan terdiri daripada Instant, Semi Square Lite, Shawl, Inner, Magic Inner, Flow, Najwa Sports Basic dan Najwa Sports Nur.

Merayakan kepelbagaian fizikal wanita dalam semua bentuk dan saiz, keseluruhan koleksi sukan mempunyai lapan reka bentuk yang berbeza untuk memenuhi setiap jenis aktiviti dan keutamaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Still so bolattttt ????! Had a very productive morning with @tudungpeople today ???? #TPzumba #TudungPeople

A post shared by Alya Iman Azmil Mustapha (@alyimn) on

Antara faktor utama yang diambil kira dalam menghasilkan rangkaian hijab sukan itu, teras utamanya adalah dalam menyediakan
penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi pada aura atau gaya pemakainya.

TudungPeople percaya, semua wanita memerlukan sesuatu yang khusus untuk badan, keselesaan dan gaya hidup mereka.

Untuk rekaan terbaharu itu, ia direka menggunakan bahan penyejukan inovatif yang menyerap peluh dan mengering dengan cepat. Semestinya berasa selasa ketika bersenam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Apr 2019

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Powercat perkenal Elizabeth Tan sebagai duta

Acara Mon, 13 Jan 2020
Acara Wed, 29 May 2019
Acara Thu, 16 May 2019
Acara Mon, 15 Jul 2019

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

BH dekati pembaca yang setia menyokong ABPBH

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Acara Wed, 9 Oct 2019

Realme siri ke-5 penanda aras terbaharu untuk segmen telefon pertengahan

Quad kamera dan cip pemprosesan yang lebih berkuasa untuk pengguna

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Acara Wed, 8 Feb 2023