Acara By: Padin April 1, 2022 @ 2:19pm

Celebrity Superstar Asia 2022 Cari Bakat Baharu!

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal dianjurkan oleh Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy.

Program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak dan uji bakat secara atas talian serta fizikal bakal dijalankan bermula April ini.

Bagi mereka yang memiliki bakat unik serta berbeza seperti nyanyian, tarian, persembahan silap mata dan banyak lagi, anda boleh mencuba nasib menyertai uji bakat ini!

Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy, Aron Koh dalam satu kenyataan berkata, objektif ini dilakukan bagi mengumpulkan bakat di seluruh Asia Tenggara bagi menghasilkan kerja yang lebih hebat.

“Kami percaya peluang dalam industri hiburan tidak berkesudahan. Cineplus ialah platform untuk mempamerkan individu berbakat dan program berkualiti. Kami mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang mahu mendedahkan bakat mereka bersama kami,” katanya.

Antara panel hakim yang akan terlibat dalam uji bakat tersebut ialah Dr. Casey Broadway, Pengasas Broadway Akademi di Malaysia, Ryon Lee, penulis skrip dan pengarah filem terkenal, Ayez Shaukat, pengarah aksi terkenal merangkap pelakon dan ramai lagi.

Malah, pihaknya juga optimis bahawa akademi tersebut melatih pelajar dan penghibur amatur agar mereka dapat berada pada tahap standing dengan artis persembahan dan pasukan kreatif di Amerika dan seluruh dunia.

Peserta Celebrity Superstar Asia 2022 berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 termasuk wang tunai, kursus Quinton Academy dan kontrak meneruskan kerjaya mereka dalam industri hiburan.

Pada masa sama, penganjuran Celebrity Superstar Asia 2022 ini juga antara lain dilihat mampu mengumpul sekali gus menyatukan bakat tanpa mengira bangsa.

Maklumat lanjut berkenaannya boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi Quinton Academy dan Lomo Pictures.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 7 Mar 2023
Acara Fri, 16 Aug 2019
Acara Wed, 4 Oct 2023
Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Acara Thu, 16 May 2019
Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.