Acara By: Padin June 14, 2024 @ 10:46am

Comelnya Maskot Fu Bear… Jom Singgah Berjumpa Beruang Comel Di Taiwan Excellence Wanderland Pop-Store 2024

The Taiwan Excellence Wanderland Pop-Store 2024 kini berlangsung di One Utama, ditemani lima maskot beruang ‘Taiwan Excellence Fu Bear’ yang comel.

Dilancarkan oleh Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (TITA) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), acara yang diadakan bermula 12 Jun hingga 17 Jun ini dihadiri kira-kira 150 jemputan di Centre Court Concourse, Aras G, One Utama, semalam.

Menurut wakil Pejabat EKonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Buu, mereka menekankan hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat antara Taiwan dan Malaysia.

Katanya, pada tahun lalu, perdagangan Malaysia-Taiwan mencatatkan sebanyak USD 24.857 bilion. Manakala, sehingga September tahun lalu, Malaysia-Taiwan pula mencatatkan sebanyak USD 600 juta.

Ini menandakan peranan Taiwan sebagai pelabur terbesar kelapan di Malaysia. Kebanyakan jenama dari Taiwan membuat penampilan sulung mereka dalam acara ini berikutan hubungan perdagangan yang kukuh.

Matlamat mereka adalah untuk mengambil kesempatan untuk memperkenalkan jenama mereka dan menjalin hubungan dengan ejen dan pengedar yang berpotensi dapat menembusi pasaran Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang, menyatakan bahawa TITA dan TAITRA akan melancarkan kempen ‘Go Green With Taiwan’ tahun ini.

Tumpuan utama diberi kepada jenama yang memasarkan produk berinovasi yang diterajui AI dan teknologi mesra alam. Antaranya adalah Pemacu Keras Luaran Mesra Alam ADATA PCR, PC Hijau Mesra Alam Aspire Vero, Koleksi Baju Kitar Semula Atunas All Love dan Oceanwave Eco-friendly Bodyguard.

Melalui pengenalan dan promosi produk yang diterajui AI dan kelestarian hijau dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan memupuk pembangunan lestari yang akan memantapkan pertumbuhan ekonomi dan memanfaatkan alam sekitar.

Selain itu, Taiwan Excellence Wanderland Pop-Store bekerjasama dengan pendidik dan pelajar dari Passion Maker Academy dalam menghasilkan 70 patung ‘Taiwan Excellence Fu Bears’ dan terdapat acara istimewa sepanjang majlis terbabit.

Antaranya ialah sesi Penyatupadanan Perniagaan B2B, sesi bertemu dengan selebriti, tarian Flash Mob dan sesi perkongsian produk.

Para pengunjung juga berpeluang membawa balik patung-patung ini dengan harga RM50 setiap patung. Kutipan ini akan disalurkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan (SCAS & FT).

Jangan lupa singgah di The Taiwan Excellence Wanderland Pop-Store 2024 bermula 12 Jun hingga 17 Jun di Centre Court Concourse, Aras G, One Utama!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 21 Oct 2022
Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Acara Fri, 12 Jul 2024
Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti

Acara Mon, 16 Dec 2019

AEON pasar himpunan Walt Disney Year of Mouse & Mickey Love

Tawar pelbagai barangan khusus untuk dewasa

Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.