Acara By: tex_admin November 19, 2019 @ 4:19pm

Dekorasi kreatif serikan sajian perayaan Hari Natal Hilton PJ

Oleh Amnan Hibrahim

Sempena perayaan Hari Natal tahun ini, Hotel Hilton Petaling Jaya (Hilton PJ) memperkenalkan hidangan bufet istimewa bagi pengunjung meraikan perayaan berkenaan bersama-sama ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Selain pemilihan makanan yang bersesuaian dengan tradisi hidangan Hari Natal, keistimewaan yang ditampilkan oleh Hilton PJ buat pengunjungnya ialah dekorasi menarik yang direka sendiri oleh pekerja hotel berkenaan dalam usaha menghidupkan suasana dan kemeriahan perayaan berkenaan.

Antara dekorasi yang disediakan ialah replika pokok krismas yang diserikan dengan lampu, daun poinsettia, salji buatan, patung santa klaus dan pelbagai lagi replika yang berkaitan dengan perayaan berkenaan turut menghiasi restoran di hotel terbabit.

Dekorasi menarik di atas hidangan menghidupkan suasana Hari Natal di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Gambar NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.

Apa yang lebih mengujakan, dekorasi itu turut menghiasi pemanis mulut yang dihidangkan dalam variasi warna dan gaya yang tentunya menyempurnakan pengalaman pengunjung sepanjang menikmati hidangan  pada perayaan Hari Natal.

Bagi hidangan utama, antara jenis hidangan yang ditawarkan dalam bufet makan malam Hari Natal Hilton PJ seperti daging panggang kaki lembu, daging rusa, daging tulang rusuk Wellington, daging itik dan pastinya tidak dilupakan, hidangan tradisi Hari Natal iaitu daging panggang ayam belanda.

Antara menu makanan dan dekorasi Hari Natal di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Gambar NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.

Kesemua sajian daging ini akan turut dilengkapkan dengan pelbagai jenis sos yang boleh dipilih mengikut kesesuaian selera pengunjung seperti sos paru, sos rosemary, sos cendawan dan sos lada hitam.

Bagi yang mahu menikmati Hari Natal dengan masakan Cina mahupun Jepun, mereka boleh menikmati melalui pakej yang disediakan di Restoran Toh Yuen dan Restoran Genji.

Pengunjung boleh menikmati pakej hidangan perayaan Hari Natal di Hotel Hilton PJ bermula Disember ini dengan harga serendah RM122 bagi dewasa dan RM66 bagi kanak-kanak. 

Hidangan pemanis mulut yang menyelerakan antara tarikan promosi Hari Natal di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Gambar NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.

Berikut adalah pakej hidangan Hari Natal yang disediakan di Hilton PJ:

Restoran Paya Serai

  • Christmas Buffet Dinner – 25 Disember 2019
  • Christmas Eve Buffet Dinner – 24 Disember 2019
  • Christmas Buffet High Tea – 25 Disember 2019
  • Christmas Sneak Peeks – 20 hingga 22 Disember 2019 dan 27 hingga 29 Disember 2019 

Restoran Genji

  • Christmas Eve Buffet Dinner – 24 Disember 2019
  • Christmas Lunch Table Buffet – 25 Disember 2019

Toh Yuen

  • Christmas & New Year’s Eve Set – 24 hingga 31 Disember 2019

Caffe Cino

  • Christmas & New Year’s – 1 hingga 31 Disember 2019

Bermula 1 hingga 20 Disember 2019, setiap hotel Hilton yang beroperasi di seluruh Malaysia akan memberikan pakej penginapan percuma selama tiga hari dua malam bersama-sama dengan bufet sarapan kepada seorang pemenang yang bertuah.

Bagi menyertai pertandingan berkenaan, peserta perlu memberikan tanda suka (Like) pada laman Facebook rasmi hotel Hilton, kemudian kongsikan hantaran yang terdapat di laman berkenaan serta tinggalkan komen mengenai pengalaman makan malam bersama yang tersayang ketika musim cuti.

Bagi maklumat lanjut berkenaan dengan tempahan, sila ke www.zestpj.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 6 May 2020
Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Eat Travel Mon, 23 Jul 2018

Sotong Sumbat Bakar Kakton Pattani Cafe Memang Jeliro

Tengok sotongnya memang gebu-gebu, geram!

Acara Mon, 28 Feb 2022

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah. Dengan perbelanjaan […]

Acara Sat, 9 Nov 2019
Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
Eat Travel Sun, 28 Oct 2018