Acara By: Ad Ops May 24, 2019 @ 12:00pm

Dinosaur akan ‘berkeliaran’ di bumi menerusi pementasan Walking With Dinosaurs: The Live Experience

Adakah anak anda mempunyai minat mendalam terhadap dinosaur yang pernah berkeliaran di muka bumi satu ketika dahulu?

Bukan sahaja kanak-kanak, haiwan yang hidup pada zaman purba jutaan tahun dahulu itu turut mengagumkan segelintir orang dewasa di seluruh dunia.

Jika anda seorang daripadanya, ataupun anak anda sendiri ada menunjukkan minat, ada berita baik untuk anda semua.

Siri dokumentari popular BBC Walking With Dinosaurs akan dipersembahkan secara langsung di Malaysia tidak lama lagi!

Maknanya spesies dinosaur yang anda lihat di kaca televisyen atau komputer sebelum ini akan ‘dihidupkan’ semula dan dibawakan ke pentas Axiata Arena Bukit Jalil!

Jadi penonton akan boleh melihat sendiri rupa bentuk haiwan purba ini, seolah-olah mereka hidup di alam realiti.

T-Rex

Menarik, bukan? Pementasan ini dinamakan Walking With Dinosaurs – The Live Experience dan ia akan dipersembahkan bermula 23 hingga 25 Ogos ini.

Setakat ini, pementasan itu sudah dipersembahkan di hadapan sembilan juta penonton di 250 bandar di seluruh dunia. Ramainya!

Jika begitu, pastinya rakyat Malaysia akan tertarik juga, lebih-lebih lagi difahamkan ada 18 spesies dinosaur yang akan diperkenalkan nanti.

Brachs 2 Truss

Sejarah dinosaur

Pementasan Walking With Dinosaurs mula menjelajahi dunia pada Julai 2018 dari negara di Eropah ke Asia.

Menelan belanja sebanyak hampir RM84 juta, produksi selama 100 minit itu menampilkan teknologi terkini yang menjadikannya sebagai pertunjukan dinosaur terbaik dan terbesar di dunia.

Sebanyak 18 spesies dinosaur yang hidup 200 juta tahun dahulu akan ditampilkan termasuklah Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus, Stegosaurus, Allosaurus, Torosaurus dan Utahraptor.

Lilliensternus

Berdasarkan penyelidikan saintifik terkini, penonton berpeluang untuk melihat sendiri warna dan tekstur kulit mereka dengan lebih jelas.

Turut dipamerkan adalah cara mereka berinteraksi dan berjalan serta bagaimana dinosaur herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.

Untuk pengetahuan anda, penghasilan dinosaur bersaiz sebenar ini mengambil masa setahun. Ia memerlukan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis, pelukis dan pakar animatronik.

Selain hidupan dinosaur itu sendiri, pentas Axiata Arena akan dihiaskan seolah-olah menyerupai persekitaran asal ketika dahulu kala. Penonton akan dapat melihat gambaran kejadian yang menjadi punca kepupusan dinosaur.

Ibu dan bayi T-Rex

Dapatkan tiket!

Tiket untuk Walking With Dinosaurs – The Live Experience boleh didapati di laman sesawang myticket.asia.

Kategori dan harganya adalah seperti berikut:

  • Zon A: RM398
  • Zon B: RM298
  • Zon C: RM248
  • Zon D: RM198
  • Zon E: RM148

Anda boleh pilih sendiri bahasa perantaraannya (sama ada bahasa Inggeris atau Mandarin) mengikut tarikh berikut:

  • 23 Ogos, Jumaat: 7.30 malam (bahasa Inggeris)
  • 24 Ogos, Sabtu: 11 pagi (bahasa Inggeris), 3.30 petang (bahasa Mandarin), 7.30 malam (bahasa Inggeris)
  • 25 Ogos, Ahad: 11 pagi (bahasa Inggeris), 3.30 petang (bahasa Mandarin)

Ankylosaurus

Jangan lepaskan peluang ini ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Mon, 15 Aug 2022
Acara Mon, 4 May 2020
Acara Tue, 6 Sep 2022
Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Acara Mon, 30 Apr 2018

Sebelum Tengok Filem Pulang, Baca Dulu Novelnya Untuk Ambil Feel

Lama lagi filem ini nak keluar wayang! Tak apa, baca dulu novel sebagai persediaan.