Acara By: Yanie Baharom August 29, 2018 @ 2:27pm

Dulu Bercinta Dengan Kakak, Sekarang Pikat Adik Pula! Apa Komen Hefny Sahad?

Seantero Malaya tahu, pelakon dan pengacara Hefny Sahad pernah menjalinkan hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose, sebelum ini.

Bagaimanapun percintaan yang terjalin hampir setahun dan impian mereka untuk membina keluarga bahagia terhenti di tengah jalan apabila pasangan ini mengambil keputusan membawa haluan masing-masing pada awal tahun ini tanpa sesiapapun mengetahui punca sebenarnya.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, tup-tup! Hefny dikatakan menjalinkan pula hubungan cinta dengan adik kepada Uqasha sendiri iaitu Raysha Rizrose. Opps! Ini berita sensasi!

Percintaan di antara Hefny dan Raysha khabarnya terjalin ketika berada di Turki saat menjayakan drama Cintaku Di Bumi Izmir.

Sebelum anda hanyut dengan tanggapan sendiri, hubungan cinta di antara mereka hanya berlaku di layar bagi memenuhi tuntutan watak Aidid dan Suzan Sevgi Sy yang mereka bawakan menerusi drama berkenaan.

Foto; Adibah Ahmad Izam

 

“Saya dengan Raysha dan adik beradiknya yang lain memang rapat di luar. Cumanya saya belum pernah bekerjasama dengan Raysha sebelum ini tetapi dengan Nelydia Senrose (adik Uqasha) pernah.

“Walaupun hubungan saya dengan Uqasha tidak berapa baik sekarang, namun itu bukan halangan untuk saya bekerjasama dengan adik-beradiknya yang lain kerana keluarga Uqasha sudah saya anggap seperti keluarga sendiri.

“Keadaan kami sekarang ini juga tidak menjejaskan saya untuk bekerjasama dengan Nelydia mahupun Raysha,” kata Hefny.

Sementara itu, Raysha mengakui terkejut apabila dimaklumkan Hefny adalah teraju utama drama ini dan memegang watak sebagai kekasihnya.”Masa mula-mula saya dimaklumkan Hefny adalah hero cerita ini, saya terkejut beruk! Awkward apabila seseorang yang dianggap seperti abang sebelum ini akan menjadi kekasih di dalam drama.

Foto; Adibah Ahmad Izam

 

“Bagaimanapun hari pertama penggambaran, Hefny sangat membantu dan membuatkan saya berasa selesa. Malah mengenalinya di luar set juga membantu wujudkan keserasian kami,” kata Raysha.

Cintaku Di Bumi Izmir mengisahkan usahawan muda, Aidid yang mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia yang diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya Haryati (Noniswara) selepas kematian ibu bapa.

Aidid perlu ke Turki bagi memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan Sevgi Sy yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dia berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

Foto; Adibah Ahmad Izam

Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya.

Selain Hefny dan Raysha, drama terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini turut dibintangi penyanyi yang cukup popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali termasuk Syafie Naswip, Ieka Zulkifli, Wanna Ali, Alif Hadi, GeorginaByl, Syafnida Shuhaimi, Sharifah Kamariah, Zera Hariz, Fathil Dani, Zainab Othman dan Helvera Susanti.

Berdurasi 1 jam, drama bersiri romantis 30 episod ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Ia disiarkan bermula 27 Ogos, setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam di Unifi T saluran HyppSensasi 116.

Selain itu, anda juga boleh menontonnya menerusi aplikasi playtv@unifi.

Foto; Adibah Ahmad Izam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 17 Aug 2019
Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Acara Mon, 31 Jul 2023
Acara Wed, 9 Oct 2019

Realme siri ke-5 penanda aras terbaharu untuk segmen telefon pertengahan

Quad kamera dan cip pemprosesan yang lebih berkuasa untuk pengguna

Acara Sun, 12 Aug 2018

10 Lokasi Route Basikal Popular & Selamat Yang Wajib Anda Explore. Jom Kayuh!

Tiada lagi kekangan untuk anda melakukan aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan.

Acara Tue, 30 Oct 2018

Kehangatan Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor Bahru Turut Dirasai Di Booth Hijab & Heels

Sama seperti edisi Jom Heboh sebelum ini, acara ini memang seronok.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!