Acara By: Ad Ops March 15, 2020 @ 12:32pm

Ella kekal popular, teruja dilantik duta busana Muslimah

Jenama pakaian Muslimah yang tular dengan tagline, ‘baju tanpa gosok’ nombor satu di Malaysia, Sabella melantik ratu rock negara, Ella sebagai duta pertama bagi jenama mereka.

Kerjasama sulung itu memberikan simbolik istimewa dan unik buat kedua-dua pihak kerana nama Sabella sendiri mempunyai bunyi nama Ella.

pelantikan ella sebagai duta Sabella baju viral tanpa gosok

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Ketua Pegawai Eksekutif Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella Holding), Mohd Sufian Sulaiman, berkata pemilihan Ella disifatkan sebagai ruang buat jenama yang mula dibina pada 2016 itu untuk terus melebarkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ella dilihat antara artis pilihan yang dapat membantu Sabella berkembang lebih maju ke hadapan. Pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni.

“Begitu juga impian kami agar jenama Sabella dapat terus diterima dalam tempoh yang panjang dan menjadi pilihan yang relevan sampai bila-bila seperti Ella,” katanya.

pelantikan ella sebagai duta Sabella baju viral tanpa gosok

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan Ella sebagai duta Sabella di ibu kota, Jumaat lalu.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah isteri kepada Sufian, Siti Fatimah Abd Samat selaku pengasas bagi jenama Sabella.

Sabella Holding menyunting pelantun lagu Permata Pemotong Permata itu pada akhir tahun lalu dan mengikat kontrak selama setahun dengan Ella bermula Februari lalu.

Sementara itu, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 53, melahirkan rasa teruja dan optimis dengan kolaborasi sulung yang terjalin antaranya dengan jenama Sabella.

pelantikan ella sebagai duta Sabella baju viral tanpa gosok

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Isteri kepada Azhar Ghazali itu berkata, beliau kagum dengan matlamat dan visi jenama berkenaan selain jatuh hati dengan rekaan yang dikeluarkan Sabella.

“Saya sangat memilih dan tidak terlalu mudah untuk menerima sesuatu tawaran. Apabila disunting pihak mereka, saya buat rujukan mengenai Sabella dan lihat banyak perkara positif mengenai jenama berkenaan.

“Banyak perkara sebenarnya yang buat saya sendiri jatuh hati dengan Sabella. Selain rekaan cantik, kemas, berkualiti, harga berpatutan dan mampu milik, matlamat serta visi Sabella cukup jelas dan itu sendiri sudah menjadi tarikan magnet untuk berlaku kerjasama ini.

pelantikan ella sebagai duta Sabella baju viral tanpa gosok

Gambar: Arkib Hijab & Heels

“Saya sendiri menyokong apa yang diusulkan Sabella yang bertujuan membantu masyarakat menceburi perniagaan dan berdakwah dengan penghasilan baju Muslimah. Ia juga seperti dakwah kecil saya dan jenama ini dalam menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat,” katanya.

Diusik mengenai dirinya yang masih lagi laris apabila dilantik sebagai duta biarpun pada usia separuh abad, beliau berkata setiap rezeki terletak di tangan Allah dan percaya rezeki itu luas serta tidak pernah salah alamat.

“Alhamdulillah, saya menganggap perkara itu sesuatu yang sihat dan positif,” katanya ringkas.

Bagi mereka yang ingin membeli pakaian atau menyertai Sabella sebagai dropship secara percuma boleh layari Facebook Sabella.hq atau ikuti perkembangan di Instagram @sabella_co.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!