Acara By: Padin September 30, 2022 @ 8:35am

Hanya Untuk Pengantin Kayangan? Tidak Lagi! Rizman Ruzaini Tunai Impian Mempelai

Pereka fesyen duo tersohor, Rizman Ruzaini merealisasikan impian bakal pengantin yang sedang mencari persalinan untuk meraikan hari bahagia kelak.

Terkenal dengan rekaan eksklusif pakaian pengantin, demi merealisasikan impain lebih ramai bakal ratu sehari, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW).

Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin RR Bridal RTW 2022/23.

“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini.

“Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” kata Rizman Nordin selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium.

“Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda. Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis.

“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan.

“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Acara Wed, 9 Oct 2019

Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh ketengah bakat tempatan

Ia juga diharap dapat mengajak lebih ramai pelancong ke Perak.

Acara Thu, 5 Jul 2018
Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️