Acara By: Fadzlena Jafar February 17, 2020 @ 5:50pm

Hospital Islam Az-Zahrah lancar Program Detik Kehamilan

Tidak semua wanita melalui detik kehamilan yang mudah, ada yang mengalami mabuk sepanjang hari dan tidak kurang juga melalui pelbagai pengalaman mencemaskan terutama kebarangkalian kehilangan kandungan.

Hakikatnya, pengalaman hamil seseorang wanita itu tidak sama dengan wanita lain, malah kehamilan pertama tidak sama dengan kehamilan berikutnya.

Memahami keperluan kebanyakan bakal ibu, Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) mengambil inisiatif melancarkan Program Detik Kehamilan HIAZ bagi membantu wanita melalui pengalaman indah sepanjang lebih sembilan bulan membawa kehidupan di dalam rahim mereka.

Kehamilan adalah perjalanan selama 9 bulan 10 hari yang penting bagi bukan sahaja bagi memastikan proses kelahiran berjalan lancar, tetapi paada masa sama ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Gambar hiasan ibupedia

Pakar perbidanan HIAZ, Dr Noraini Nor, berkata program yang julung kali diadakan itu diharap dapat membantu bakal ibu untuk menikmati detik istimewa itu dengan lebih selesa menerusi pelbagai pakej yang disediakan di HIAZ.

“Program ini selari dengan konsep HIAZ iaitu Hospital Mesra Ibadat kerana kami menyediakan pelbagai program untuk membantu bakal ibu dari saat mereka merancang kehamilan sehinggalah selepas melahirkan anak selari dengan kehendak Islam.

“Paling penting, program yang disediakan ini dikendalikan kakitangan pakar dalam bidang masing-masing, malah bersesuaian dengan konsep Hospital Mesra Ibadah, HIAZ juga memastikan hanya kakitangan wanita yang akan mengendalikan bakal ibu sepanjang proses ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Detik Kehamilan HIAZ di Bangi, baru-baru ini.

Majlis pelancaran program berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HIAZ, Abdul Rahman Mat Dali.

Yang turut hadir ialah Pakar Kesejahteraan HIAZ, Dr Siti Hawa Abdul Karim dan Pengarah Urusan Tateh, Syeikh Ahmad Haiqal Syeikh Murad

Program Detik Kehamilan HIAZ turut menyediakan pakej khusus untuk pascakehamilan seperti pakej berpantang dan penjagaan ibu serta bayi. Gambar NSTP/Fadzlena

Pada majlis itu, Abdul Rahman turut melancarkan mesin layan diri Mom On the Go yang pertama seumpamanya di negara ini dengan menyediakan pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi. Konsep mesin layan diri yang dibangunkan oleh Tateh, iaitu butik barangan ibu dan bayi itu bakal diletakkan di beberapa hospital di seluruh negara.

Detik Kehamilan HIAZ akan membabitkan beberapa program antaranya pakej bersalin, kelas antenatal dan jurnal kehamilan ibu yang menyediakan pelbagai panduan merangkumi aspek kesihatan, pemakanan dan maklumat antenatal.

Selain itu, HIAZ turut menyediakan pakej pascakehamilan bagi membantu ibu dan bayi seperti penjagaan selepas kelahiran serta urutan khusus untuk wanita bersalin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 28 Nov 2019
Acara Wed, 17 Jan 2018

Asia Islamic Fashion Week 2018 Kuala Lumpur

Date: 29 March – 1 April 2018 Venue: MiTEC, KUALA LUMPUR Inspired by the vibrancy of the Muslim fashion scene and in an effort to further expand the industry, AIFW Event is pleased to bring […]

Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!