Acara By: Shaidah Shafie December 23, 2019 @ 5:33pm

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Kurang upaya seperti cacat pendengaran bukan menjadi halangan untuk tidak meneroka apa sahaja peluang yang muncul dalam hidup dan bagi individu normal pula alangkah baiknya jika mereka boleh menguasai bahasa isyarat yang digunakan oleh orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Hal ini diketengahkan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Amir Hamidi Abdul Manan dalam satu forum umum   anjuran Persatuan Orang Pekak Malaysia dengan kerjasama NU Sentral, baru-baru ini.

Amir Hamidi berkongsi pengalaman pada forum perkongsian Children of Deaf Adult (CODA) mengenai isu, cabaran dan keperluaan mempunyai ahli keluarga pekak dengan kerjasama NU Sentral dan Persatuan Orang Pekak Malaysia. NSTP /ROHANIS SHUKRI.

Amir Hamidi berkata, menjadi OKU pendengaran di negara ini mempunyai cabaran tersendiri kerana tidak ramai individu normal yang menguasai bahasa isyarat, lebih-lebih lagi jika OKU pendengaran berkenaan adalah penuntut.

“Saya pernah menjadi penuntut di universiti suatu ketika dahulu dan cabarannya sangat besar kerana saya tidak boleh mendengar dan ketika itu hampir tiada penuntut pekak serta tenaga pengajar atau pensyarah juga tidak memahami bahasa isyarat yang saya gunakan.

“Mahu atau tidak, saya yang menjadi pelajar pekak pertama di situ pada ketika itu melakukan pelbagai usaha untuk membolehkan saya meneruskan pengajian kerana tiada juru bahasa disediakan untuk menterjemah apa yang diajar di dalam dewan kuliah untuk pelajar seperti saya,” katanya pada forum sesi perkongsian Children of Death Adult (CODA): Isu, Cabaran dan Keperluan yang berlangsung di aras bawah pusat beli-belah NU Sentral, Kuala Lumpur.

Katanya lagi, beliau memanfaatkan apa sahaja peluang yang ada untuk menyempurnakan tugasan yang perlu diselesaikan kerana tidak mahu ketinggalan dalam setiap sesi pembelajaran yang dilalui di universiti.

“Saya menggunakan kemudahan internet yang ada di perpustakaan untuk menyelesaikan tugasan kerana pada ketika itu, pelajar seperti saya tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan juru bahasa.

“Saya juga berharap supaya golongan normal atau pensyarah mahupun guru mengambil peluang belajar bahasa isyarat supaya kita tidak terlalu bergantung kepada juru bahasa dan sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan, komunikasi berlangsung dengan betul,” katanya yang juga Timbalan Pengarah Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak.

Kenyataan Amir Hamidi turut disokong Pembina Web yang juga OKU pendengaran, Mohd Farhan Kamarzaman, 29, supaya individu normal turut merebut peluang mempelajari bahasa isyarat agar tiada jurang perbualan dan tiada salah faham berlaku dalam sebarang perbualan.

Mohd Farhan Kamarzaman turut berkongsi pengalaman pada forum berkenaan. Foto: NSTP /ROHANIS SHUKRI.

“Saya mula menguasai bahasa isyarat dalam bahasa Inggeris ketika berusia 17 tahun kerana pada ketika itu, saya mengikuti kem pertukaran pelajar dan terpilih mengikuti Program Pertukaran dan Pengajian Belia Kennedy-Lugar di Amerika Syarikat.

“Di sekolah berkenaan, separuh daripada pelajarnya menggunakan bahasa isyarat dan kebanyakan guru yang mengajar di situ juga boleh berbahasa isyarat.

“Jadi pengajaran dan perbualan berlaku dengan lancar kerana guru memahami bahasa isyarat dan kami sebagai pelajar pula berasa sangat bebas seperti individu normal kerana tiada jurang dalam setiap perbualan kami,” katanya.

Mohd Farhan mengakui setiap negara mempunyai perbezaan bahasa isyarat yang sedikit berbeza, malah penggunaan bahasa isyarat antara negeri di Malaysia juga ada perbezaan.

“Walaupun ada perbezaan, saya tiada halangan untuk berhubung dengan mereka kerana saya menguasai bahasa isyarat yang menggunakan bahasa Inggeris.

“Jika ada asas bahasa sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris, bahasa isyarat menjadi lebih mudah untuk dipelajari dan tidak susah untuk berkomunikasi dengan mereka yang berbahasa dalam bahasa Inggeris kerana ia bahasa global,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 29 Apr 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels bantu wanita jana pendapatan sampingan

Kursus asas kemahiran mampu tingkatkan ekonomi keluarga

Acara Wed, 23 May 2018

Jom Shopping Raya Di Festival Anggun Life Johor Bahru Pada 8 & 9 Jun Ini!

Festival Anggun Life akan temui anda di Johor Bahru pada 8 & 9 Jun ini.

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Acara Mon, 18 Mar 2019

Alha hadiahkan ibu Mercedes-benz C200 QMG 2.0 sebagai penghargaan. Top stokis pun dapat kereta tau!

Alha melakukan kejutan itu bersempena ulang tahun kelahiran ibunya, Norsham Ahmad yang ke-60!

Acara Tue, 31 Jan 2023
Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.