Acara By: tex_admin December 21, 2018 @ 2:30pm

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Dah nak penghujung cuti sekolah ini, apa kata anda ‘happy‘ kan anak anda dengan membawa mereka ke karnival kanak-kanak terbesar iaitu Karnival Upin & Ipin. Pasti mengujakan!

Karnival yang sedang berlangsung penuh keriangan selama 3 hari ini (20 hingga 23 Disember 2018) di Hall A, MAEPS Serdang pasti akan mencipta memori terindah buat anak-anak anda! Karnival ini akan bermula daripada pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Jangan tak tahu, karnival kali ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik dan berpeluang untuk menemui watak-watak terkenal dari animasi Upin & Ipin, Puteri, Pada Zaman Dahulu dan DaDuDiDo.

Pastinya, anak anda akan merasai pengembaraan ke dunia animasi yang luar biasa dan berhibur bersama kawan-kawan Upin & Ipin! Nak tahu macam mana nak dapatkan tiket dan ketahui aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang karnival ini? Jom semak!

1. Pembelian tiket

Anda boleh membeli tiket secara online dan walk-in. Bagi anda yang ingin membeli tiket secara online, anda boleh layari karnivalupinipin.com. Diingatkan bahawa, anda perlu membawa bukti slip pembelian dan kad pengenalan untuk proses mendapatkan tiket di kaunter ‘Online Ticket‘.

2. Datang awal

Walaupun karnival ini bermula daripada 10 pagi hingga 10 malam, anda digalakkan untuk datang lebih awal bagi berpeluang menonton semua persembahan dan menyertai semua aktiviti menarik yang disediakan di setiap booth.

3. Hadiah istimewa

Terdapat banyak koleksi hadiah yang istimewa apabila anak-anak menyertai semua aktiviti yang diadakan di karnival ini. Nak tahu apakah hadiah istimewa yang akan diberi? Kenalah pergi karnival ini! 

4. Persembahan pentas

Pentas Karnival Upin & Ipin akan bermula seawal jam 10 pagi bermula dengan senam pagi bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan.

Kemudiannya, akan diteruskan dengan persembahan Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Ultraman Ribut, Upin & Ipin The Musical dan persembahan istimewa pada sebelah malamnya iaitu persembahan Upin & Ipin Neon. Tiada jadual aktiviti pentas yang akan diumumkan keranan persembahan ‘luar biasa’ ini akan terus dipersembahkan tanpa henti sehingga jam 10 malam.

5. Upin &Ipin Fun Run 2018

Pada 23 Disember 2018, terdapat aktiviti Upin & Ipin Fun Run yang akan bermula pada jam 7 pagi. Semua peserta yang sudah berdaftar boleh mendapatkan ‘racekit‘ bermula dari 21 dan 22 Disember di Hall A, MAEPS Serdang. 

Jadi, tunggu apa lagi, jom serbu ajak satu family ke karnival ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 10 Feb 2023
Acara Fri, 1 Apr 2022
Acara Tue, 4 Feb 2020
Acara Fri, 22 Jun 2018

Kumpulan NSTP Lancarkan Hijab & Heels, Portal Gaya Hidup Pertamanya Untuk Wanita Moden

Portal ini menyasari golongan wanita berumur dari 18 ke 45 tahun tidak kiralah yang masih belajar ataupun sudah bekerja.

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

Acara Thu, 20 Feb 2020