Acara By: Ad Ops July 25, 2018 @ 2:00pm

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Karnival Jom Heboh (KJH), acara padang yang menjadi signatur Media Prima Berhad kini kembali lagi. KL Sports City, Bukit Jalil dipilih menjadi lokasi pembuka tirai bagi KJH 2018 yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Julai ini.

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa untuk para pengunjung.

Kemeriahan KJH bakal bermula seawal jam 7 pagi menerusi aktiviti Jom Sihat yang menampilkan program Tarian Kecergasan bersama Hanif Shawn. Menariknya, para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM4000!

Tidak lengkap dan meriah KJH tanpa booth-booth utama yang semestinya menjadi tarikan utama buat pengunjung yang hadir.

Pastinya booth Drama Sangat bakal menjadi tumpuan peminat-peminat yang ingin bertemu secara live artis kesayangan mereka. Antara artis yang bakal berada di booth tersebut ialah Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Raja Afiq, Mimi Lana dan ramai lagi.

Selain dapat beramah mesra dan melakukan aktiviti menarik bersama artis kesayangan, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!

Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, bolehlah singgah di booth Bananana Land. Pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti pocket games, mewarna, melukis, memasak, DIY cookies dan banyak lagi menanti anak anda. Anak anda juga berpeluang bertemu dengan maskot kegemaran mereka! Booth ini akan dimeriahkan oleh Harris Alif, Shah Sulaiman, Erynne Erynna dan Aliff Yasraf.

Bagi peminat sukan bola sepak, anda boleh singgah di gelanggang Kita Juara bagi menyahut cabaran Street Soccer 3 lawan 3. Pendaftaran awal boleh dibuat menerusi www.kitajuara.my/gelanggangkj dan penyertaan terhad kepada 32 pasukan sahaja. Paling best, pendaftaran percuma dan juara berpeluang merebut hadiah wang tunai bernilai RM1000 dan banyak lagi hadiah eksklusif!

Pengunjung juga boleh berjumpa dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai O. Trofi Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun yang dimenangi skuad kebangsaan di Jakarta Indonesia juga turut akan dipamerkan di Gelanggang Kita Juara nanti.

Tidak ketinggalan, booth yang memberikan kelainan dalam pengisian yang lebih rohani dan berkonsep Islamik iaitu Raudhah. Anda berpeluang berjumpa dengan Datuk Ustaz Kazim Elias dan anak-anak didiknya, dari program Dai’ antaranya Dai Tajdid, Dai Niezal, Dai Saiful dan ramai lagi.

Selain pelbagai acara padang yang mengujakan, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh. Antara artis yang akan menggempakkan pentas KJH 2018 ialah Kugiran Masdo, Hujan, Ruffedge, Floor 88, Ameng, Misha Omar, Black, Dayang Nurfaizah, Altimet dan ramai lagi.

Apa lagi, jom sama-sama kita meriahkan Karnival Jom Heboh pada 28 dan 29 Julai ini di KL Sports City, Bukit Jalil. Jumpa di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 29 Oct 2019

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Kerjasama diantara KPJ Ampang Jaya dan Antabax bagi menjayakannya!

Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Acara Fri, 17 Mar 2023

Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor Melepasi Sasaran

SELHAC merupakan acara penting di dalam agenda Halal

Acara Wed, 26 Sep 2018
Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Wed, 8 Feb 2023
Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

Acara Mon, 20 Jan 2020