Acara By: Yanie Baharom August 30, 2018 @ 4:30pm

Mengandungi Antioksida Tinggi, Durian Belanda Adalah Makanan Baik Untuk Pesakit Kanser – Datuk Rosyam Nor

Tiga hari lalu, pelajar cemerlang untuk pemeriksaan SPM pada tahun 2004, Dr Amalina Bakri, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa jus durian belanda tidak boleh mencegah kanser.

Bagaimanapun menerusi carian Google, terdapat banyak kenyataan yang dibuat oleh institusi perubatan, saintis dan pengamal perubatan tradisional yang mengaitkan khasiat dan kebaikan buah durian belanda ini dengan penyakit kronik berkenaan.

Semalam bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, pelakon, pengacara dan produser terkenal, Datuk Rosyam Nor, telah melancarkan produk minuman dan makanan tambahan yang berasaskan durian belanda di bawah label Adraa keluaran syarikat beliau.

Pemberi testimoni untuk produk Adraa ini juga merupakan seorang pesakit kanser. Namun begitu, Rosyam menegaskan yang produknya bukanlah produk anti-kanser.

“Pengeluar produk tidak boleh mendakwa yang produk berasaskan durian belanda adalah bersifat anti-kanser kerana tiada penyelidikan saintifik telah dilakukan sekali gus mengesahkan hal ini.

“Tetapi durian belanda adalah sejenis makanan yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan baik untuk diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit kanser. 

Foto: Hijab & Heels Archive

“Seseorang yang mengidap kanser perlu mengamalkan pemakanan sihat serta mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Durian belanda adalah contoh makanan yang baik untuk mereka yang mengidap penyakit ini.

“Bukan saja bagus diamalkan penghidap kanser tetapi juga semua jenis penyakit,” katanya. 

Rosyam menambah, tindakan para doktor menafikan dakwaan jus durian belanda mampu merawat kanser baginya tidak salah.

Bagaimanapun dia percaya Tuhan menjadikan sesuatu tumbuhan yang boleh dimakan untuk dinikmati manusia pasti kerana terdapat khasiat tersembunyi yang memerlukan kita untuk membuat penyelidikan tentangnya.

Dibawah jenama Adraa yang diambil bersempena nama cucu beliau iaitu Hanan Adraa Mohd Hafiz, 4, Rosyam menghasilkan produk Adraa Soursop Herbal Tea, Adraa Graviola Juice GOLD dan Adraa Soursop Juice.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 31 Aug 2019

Bazar Merdeka Habib tawar potongan 80 peratus!

Cepat rebut peluang miliki barang kemas istimewa Merdeka

Acara Thu, 7 Sep 2023
Acara Fri, 20 Dec 2019
Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

Acara Tue, 31 Jan 2023
Acara Tue, 7 Sep 2021
Acara Wed, 7 Aug 2019
Acara Thu, 20 Feb 2020