Acara By: Ad Ops February 12, 2020 @ 3:18pm

LR Hijab, hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Linda Rafar

Impian pelakon dan penyanyi Linda Rafar untuk memiliki jenama tudung sendiri akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran koleksi tudung, LR Hijab.

Lebih istimewa dan bermakna, ‘bayi sulung’ tersebut lahir pada sambutan ulang tahun kelahiran ke-42 Linda yang jatuh pada tanggal 11 Februari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on

“Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat Linda iaitu Linda melancarkan LR Hijab. Lebih 30 tahun Linda berada di dalam industri seni dan akhirnya impian untuk mencipta jenama tudung sendiri menjadi kenyataan.

koleksi LR Hijab Linda Rafar

Linda Rafar (tengah) diapit model-model yang menggayakan koleksi LR Hijab di majlis pelancaran tudungnya di Hotel Marriot Putrajaya pada Selasa. Kredit gambar: Instagram LR Hijab

“Alhamdulillah ia adalah satu pencapaian yang tinggi untuk saya,” tutur Linda penuh kesyukuran sewaktu ditemui pada majlis pelancaran LR Hijab di Hotel Marriot Putrajaya, baru-baru ini.

LR Hijab merupakan koleksi tudung hasil rekaan Linda yang terlibat secara langsung dalam setiap proses pengeluaran tudung jenamanya. Biarpun baru sahaja dilancarkan secara rasmi, namun lebih 1,000 helai tudung LR Hijab telah pun terjual sejak mula dipasarkan pada 1 Januari 2020.

“Sebagai permulaan, kami mengeluarkan sebanyak 2,000 helai tudung dahulu dan Alhamdulillah, 1,000 helai sudahpun terjual.

“LR Hijab mempunyai tiga rekaan iaitu semi instant heavy chiffon, bawal serta shawl pleated. Koleksi ini didatangkan dengan 30 pilihan warna di mana setiap rekaan mempunyai 10 pilihan warna,” kongsi isteri pelakon Syed Aiman itu kepada Hijab & Heels.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa anda harus memiliki sekurang-kurangnyaa satu design exclusive daripada LRHIJAB??? Ya sudah semestinyaaa Kelebihan yang ada pada LRHIJAB by lindarafar adalah Design cutting yang di reka khas oleh idea linda sendiri selain mengunakan high material serta harga mampu milik khas untuk followers tersayang ini laa impian linda ingin menghasilkan jenama sendiri setaraf dengan jenama2 lain yang sudah ada di sekarang ini.. selama 30 tahun linda berada di dalam bidang seni akhirnyaa impian linda pada tahun 2020 menjadi kenyataan???????? @LRHIJAB —— first baby untuk Tudung terbaru linda hadiah utk semua followers linda????…ini laa darah seni yg mengalir drp family rafar yang minat dlm bidang perniagaan serta ingin membantu anda di luar sana utk sama2 mencari rezeki dgn menjual @lrhijab ..moga allah permudahkan segala urusan linda utk membawa LRHIJAB setanding dgn jenama-jenama hebat di Malaysia,brunei,singopore n indonesia… Doa drp semua followers amat la di hargai.. tanpa anda Linda dan LRHIJAB tidak mungkin ada di sini???? Selamat tahun baru 2020 @lrhijab Pintu segalanyaaa..???? #LRHijab #LindaRafarHijab #LindaRafar #Malaysia #Tudung #Shawl #bawal #Square #Hijab #Hijabista #Hijabi #Muslimah #Scarves #Scarf #KL #My #lindarafarisback #lindarafaratwork #lindarafarsharing ????????????????

A post shared by LRBOUTIQUE (@lrhijab) on

Meminati bidang perniagaan, pemilik nama Azlinda Rafar itu turut memberitahu idea untuk menghasilkan jenama tudung sendiri tercetus sejak dia mula berhijab lagi. Biarpun pernah disabotaj dalam perniagaan, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk melebarkan sayap dalam bidang perniagaan tudung.

“Saya menyimpan hasrat untuk mempunyai koleksi tudung jenama sendiri ketika saya mula mengenakan hijab. Ketika itu, saya sering menerima permintaan untuk mempromosikan tudung orang lain sebelum diangkat menjadi duta bagi satu jenama tudung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on

“Selain itu, minat dan pendedahan mengenai selok-belok perniagaan tudung, terutamanya daripada sudut pengeluaran dan rekaan tudung turut mendorong Linda untuk merealisasikan impian serta tekad menceburkan diri dalam perniagaan tudung bersama-sama suami,” tuturnya lagi.

“Tidak dinafikan sebelum ini Linda pernah mengeluarkan produk lain, namun perniagaan Linda telah disabotaj. Perkara itu memberi kesan serta menjejaskan perniagaan Linda sehingga menutup pintu rezeki Linda. Bagaimanapun, Linda tidak pernah putus asa dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru.

“Harapan Linda agar LR Hijab dapat mencipta kejayaan setanding dengan jenama tudung lain dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia,” ujarnya sambil berkongsi mengenai kelebihan LR Hijab.

LR Hijab menggunakan material yang berkualiti dan memiliki reka bentuk yang eksklusif dan unik. Selain selesa, koleksi LR Hijab juga senang serta cepat dipakai, sesuai untuk golongan wanita berkerjaya dan berkeluarga seperti Linda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LRBOUTIQUE (@lrhijab) on

Kainnya yang nipis membuatkan si pemakai tidak berpeluh dan sesuai untuk mereka yang mempunyai migrain. Tudung semi instant juga tidak perlu mengenakan pin atau kerongsang dan sangat mudah untuk digayakan.

Dipasarkan pada harga mampu milik bermula serendah RM49.90, LR Hijab boleh didapati secara atas talian di laman sesawang www.lrhijab.com serta laman sosial Instagram LR Hijab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Aug 2022
Acara Sun, 20 May 2018

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Sesi “Iftar@INTEKMA” menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Fri, 16 Aug 2019
Acara Tue, 4 Feb 2020