Acara By: Yanie Baharom August 7, 2018 @ 11:00am

Mahu Wanita Berkeyakinan Dan Tampil Cantik Dengan MF Cosmetique – Maria Farida

Satu penghormatan buat Hijab & Heels apabila menerima kunjungan Datin Seri Maria Farida Atienza (Maria) yang memeriahkan booth kami di Karnival Jom Heboh (KJH) berlangsung pada 28 dan 29 Julai lalu.

Mengenakan persalinan serba putih dengan gaya solekan sederhana, penampilan Maria memukau pengunjung KJH yang berlangsung di KL Sports City, Bukit Jalil. Bahkan sukar untuk mempercayai aktres senior popular ini sudah menginjak usia 48 tahun.

Mengimbas kembali momen Hijab & Heels di KJH, Maria hadir pada petang Ahad (29 Julai) bagi memeriahkan segmen Makeup Demo kendalian jurusolek artis terkenal, Tiar Zainal.

Foto: Hijab & Heels Archive

Di mana Tiar telah menggunakan palette makeup Glamrush by Maria Farida Cosmetique (MF Cosmetique) yang sudahpun berada di pasaran sejak Mei lalu. Sesi itu menampilkan pelakon baru meningkat naik, Fieza Jolie, yang dikenali menerusi drama Awak Suka Saya Tak? sebagai model.

Selain itu, Maria turut menaja 10 set Glamrush bagi kegunaan pertandingan Makeup Couple termasuk kuiz  selepas Makeup Demo diadakan. 

“Kreativiti dan improvisasi yang dilakukan Tiar Zainal dalam menggabungkan paduan warna-warna yang terdapat di dalam palette Glamrush by MF Cosmetique, amat mengujakan. Ini kerana, saya seorang yang agak simple kalau bersolek lebih-lebih di luar waktu kerja.

Foto: Hijab & Heels Archive

“Saya suka dengan caranya memanfaatkan pembayang mata, bedak kompak, celak kening dan gincu MF Cosmetique. Malah berharap pengunjung mendapat ilmu mengenai teknik solekan yang betul selain produk MF Cosmetique juga menjadi pilihan wanita untuk membina keyakinan diri selain tampil cantik,” katanya.

Bercakap mengenai MF Cosmetique secara terperinci,  Maria bersyukur kerana penat lelahnya selama setahun melakukan kajian dan pembangunan (R&D) membuahkan hasil.

Mengapa barangan solekan menjadi pilihannya, ini kerana ia berkait rapat dengan personaliti dan keperibadian Maria yang  gemar kelihatan cantik sepanjang masa.

Foto: Hijab & Heels Archive

Menurutnya, tidak semua orang mempunyai waktu yang cukup untuk mengoles solekan pada wajah lantaran kesibukan diri menguruskan rutin harian.

“Oleh itu, palette Glamrush yang saya hasilkan ini merupakan set alat solek yang lengkap serba-serbi. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja, malah saiznya yang kompak menyenangkan pengguna untuk menyimpan di dalam beg tangan mereka.

“Bahkan, belum ada lagi produk tempatan sebegini yang memuatkan semua jenis bahan solekan dalam satu palette. Bukan itu sahaja, harganya juga berpatutan. Hanya RM198 sahaja setiap satu,” katanya.

Apa yang menarik mengenai Glamrush, Maria turut mengabadikan nama BFF-nya (Best Friend Forever) iaitu Raha, Azela, Sabrina dan Ezurin untuk warna empat gincu di dalam palette ini.

Foto: Hijab & Heels Archive

Tambah Maria, menghampiri usia hampir setengah abad, dia sedar setiap orang akan dimamah usia.

“Bezanya lambat atau cepat. Wanita terutama perlu tahu langkah-langkah penjagaan kulit wajah yang betul agar sentiasa kelihatan segar.

“Alat solek sekadar menambahkan lagi seri wajah. Pemakanan perlu dijaga sebaik-baiknya untuk tampil sihat, di samping melakukan senaman sesuai agar kelihatan bertenaga,” katanya berkongsi petua.

Dalam pada itu, Maria berterima kasih kepada suaminya, Datuk Seri Abdul Rahman Shakur yang menjadi tulang belakang memastikan MF Cosmetique direalisasikan.

Foto: Hijab & Heels Archive

“Setakat ini, ada beberapa perancangan telah disusun untuk menjamin masa depan perniagaan yang lebih dinamik dan berterusan.

“Kami juga mempunyai rencana untuk mengeluarkan produk kosmetik lain selain set alat solek ini. Kena tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk MF Cosmetique, boleh membelinya secara talian dengan melayari website www.mfcosmetique.com atau membuat tempahan melalui Instagram dan Facebook @mfcosmetique.

Foto: Hijab & Heels Archive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Tue, 25 Oct 2022
Acara Wed, 25 Sep 2019

Etiqa lancar skim perlindungan penyakit mental yang pertama di Malaysia

Penyakit berkaitan dengan mental tidak harus dipandang remeh!

Acara Mon, 23 Dec 2019

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Bahasa isyarat sangat menarik sebenarnya!

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri