Acara By: Padin April 21, 2022 @ 10:48am

“Masjid Berasaskan Ilmu Falak, Kapsul Hotel, Stadium e-Sports” – Madad Bakal Realisasi Pusat Komuniti Islam Bertaraf Antarabangsa

Bakal mencatat sejarah tersendiri, Murtadha Dakwah Centre (Madad) akan menjadi sebuah pusat komuniti Islam pertama bertaraf antarabangsa di negara ini.

Madad yang beroperasi di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah sedang membangunkan pusat komuniti di kawasan seluas tiga hektar sejak 2018 dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Pengarah Urusan Madad, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof berkata, pusat komuniti itu akan dilengkapi dengan sebuah pusat tahfiz integrasi, masjid berasaskan ilmu falak, kapsul hotel dan pengurusan jenazah.

“Apa yang lebih membanggakan, semuanya bakal dinikmati secara percuma. Konsep yang diketengahkan itu bersesuaian dengan misi penubuhan Madad untuk menjadi organisasi yang menyediakan pendidikan, dakwah, amal dan sistem automasi untuk ummah.

“Pusat komuniti itu akan dilengkapi dengan sebuah masjid berasaskan ilmu falak dan beroperasi 24 jam yang diinspirasi Masjid Nabawi di Madinah dan kapsul hotel dengan nilai RM6.3 juta.

“Turut dibina adalah pusat tahfiz integrasi dan pusat pengurusan jenazah, rumah warga emas, stadium e-sports, hub sukan sunah (memanah, berenang, berkuda) serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah.

“Pusat komuniti Islam itu mampu dijadikan satu kenyataan kerana buat masa sekarang, Madad mempunyai ekosistem sendiri untuk memperoleh pendapatan pada setiap bulan dalam tempoh jangka masa panjang. Jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di Madad adalah seramai 40 orang yang berusia antara 12 sehingga 14 tahun.

“Kami mengusahakan pelbagai perniagaan seperti pelaburan saham dan kripto patuh syariah, percetakan buku digital dan beberapa perniagaan lain. Syukur kerana buat masa ini, Madad menjana pendapatan menerusi pelaburan saham dan kripto yang melebihi RM1 juta dan percetakan digital pula kira-kira RM100,000 sebulan.

“Selain itu, kami menjana pendapatan lain yang melibatkan jualan hasil pertanian dan penternakan yang meraih pendapatan yang boleh mencecah sehingga RM200,000 sebulan,” ujarnya.

Yaakub berkata demikian di sidang akhbar selepas majlis pelancaran ‘Ramadan Bersama Ekonomi Kita’ baru-baru ini.

Tambah Yaakub, ketika ini pihak Madad masih bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk membiayai kos pengajian pelajar terbabit.

“Buat masa sekarang disebabkan, Madad masih dalam fasa pembangunan, maka kita masih memerlukan bantuan dan Insya-Allah di masa hadapan, kita mempunyai impian untuk tidak buat apa-apa kutipan lagi,” katanya.

Madad sebelum ini dikenali sebagai Pusat Dakwah Darul Murtadha dan pusat komuniti Islam itu merupakan inspirasi abangnya, Allahyarham Ustaz Murtadha Mohd. Yusof yang meninggal dunia dalam kemalangan pada Januari 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 15 Jul 2019

Majlis anugerah berprestij, ABPBH 32 buka tirai

Kategori baharu, kaedah undian dan persembahan lebih menarik

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Acara Sun, 8 Dec 2019
Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?