Acara By: Yanie Baharom August 9, 2019 @ 3:57pm

Penangan siri jelajah ABPBH 32, Komtar JBCC berubah menjadi lautan manusia

Selepas empat tahun ‘berehat’, Anugerah Bintang Popular BH ke-23 (ABPBH 32) menghidupkan kembali tradisi siri jelajahnya bagi mengubati rindu peminat.
 
Memilih Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Johor Bahru, sebagai lokasi pertama pada 3 Ogos lalu, ruang legar pusat beli-belah itu dibanjiri ribuan penyokong selebriti tempatan seawal jam 10 pagi.

Tidak sedikitpun berganjak, malah penonton terus setia menonton persembahan artis kesayangan termasuk merebut peluang bertemu barisan selebriti yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur sehingga tamat acara sekitar jam 6 petang.

 Jelas sekali siri jelajah ABPBH 32 ini amat dinanti dan dirindui!
 
 
Apatah lagi, sepanjang 32 tahun penganjurannya, ABPBH merupakan pencetus kepada acara pengiktirafan yang memberikan peminat kuasa mutlak untuk menobatkan artis kesayangan mereka dengan gelaran ‘popular’.
 
Terus saja kepada pengisian acara, wajah-wajah penyanyi dan pelakon sedang meningkat naik mendominasi siri jelajah kali ini. Antara selebriti yang memeriahkan segmen persembahan antaranya Aiman Tino, Ara Johari, Ryan Deedat, Afieq Shazwan, Luqman Faiz, Kanda Khairul, Muna Shahirah dan One Avenue Band.
 
Bagaimanapun kehadiran penyanyi berpengalaman seperti Haiza Hanafi, yang turut bertindak sebagai pengacara majlis ternyata menggamatkan suasana.
 

Persembahan Haiza gamat dek gelekan selamba peminat warga emas yang cukup sporting.

 
Bersama-sama menjayakan siri jelajah kali ini ialah pelakon sensasi, Emma Maembong, Tuah, DJ Lin, Adam Lee dan Erwin Dawson.  Kesemua selebriti yang terbabit dalam siri jelajah kali ini ialah calon awal ABPBH 32.
 
Antara yang menarik sepanjang berlangsungnya siri jelajah itu, tentunya saat menyaksikan kegigihan peminat Emma Maembong yang rata-ratanya dari Kuala Lumpur, berkumpul sedari pagi dengan mengenakan kemeja-T merah seragam. Mereka turut membawa kain rentang yang tertera wajah artis kesayangan mereka walaupun kemunculan Emma hanya di sebelah petang.
 

Bonding diantara Emma Maembong dan ahli kelab peminatnya Emanizers, bagaikan sebuah keluarga.

Emma Maembong disayangi peminatnya,

 
Selain itu, pentas utama turut dihangatkan dengan segmen penaja.
 
Pengasas Alha Alfa Cosmetics Sdn Bhd, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, selaku penaja utama, berkongsi petua solekan terkini dengan penonton.
 
Jenama terkenal itu turut turut mengadakan jualan selain memperkenalkan harga promosi untuk set Soul Matte dan Soul Glow.
 

Datuk Alha Alfa melakukan demostrasi menggunakan produk beliau pada Jelajah ABPBH 32 di Komtar JBCC.

Pengunjung tidak ketinggalan membeli barangan Alha Alfa Cosmetics

 
Tambah menarik, beberapa hari sebelum menjelang acara kemuncak ABPBH 32 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, Alha Alfa Cosmetics bakal memperkenalkan set baru iaitu Borderless, yang diilhamkan bersempena tema acara berprestij itu Melangkaui Sempadan.
 
Berjalan serentak dengan acara pentas, adalah kempen undian dan langganan BH Digital dengan kerjasama DuitNow yang memberi peluang kepada peminat mendapatkan tiket menyaksikan malam kemuncak ABPBH 32..

Program tanggungjawab sosial ABPBH 32

Pada sebelah pagi sebelum rombongan ABPBH 32 tiba di Komtar JB, sebahagian daripada artis yang terbabit, menyertai sesi ziarah ke kediaman penyanyi popular era 90-an, Aida Agil, yang terletak di PPR Sri Tualang, Johor Bahru.
 

Penyanyi, Aida Agil (tengah) beramah mesra bersama calon awal ABPBH 32, DJ Lin, Ara Johari, Muna Shahira, Kanda Khairul, Ryan Deedat, Luqman Faiz, Uchop Ahmad, Tuah Azmi, Afieq Shazwan dan Adam Lee ketika kunjungan misi tanggungjawab sosial korporat pada siri jelajah ABPBH 32 di kediamannya di PPR Sri Tualang.

 
Dalam kemampuan yang terbatas, penyanyi yang terkenal dengan imej vokal bernada tinggi dan dikenali menerusi lagu Segalanya Pasti itu, menyambut ramah kehadiran tetamu terdiri daripada artis-artis muda tempatan, Ara Johari, Ryan Deedat, Adam Lee, Muna Shahirah, Uchop, Luqman Faiz, Tuah Azmi termasuk DJ Lin.
 
Aida yang menderita Bell’s Palsy sejak 19 tahun lalu, sempat berkongsi status terkini kesihatannya, selain mengimbau pengalaman menjadi anak seni yang penuh berliku.
 
Bukan itu saja, Hijab & Heels sempat merakamkan wanita cekal ini menyampaikan lagu Segalanya Pasti. Sesi ziarah diakhiri dengan penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamsul Azree Shamsir.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aida Agil Belum Hilang Bisa! Johor Bahru: Kunjungan rombongan ABPBH32 pagi ini, bermula dengan sesi ziarah ke kediaman penyanyi popular era 90-an, Aida Agil, yang terletak di Projek Perumahan Rakyat, Stulang Laut. Dalam kemampuan yang terbatas, penyanyi dengan signature vokal ‘high pitch’ dan dikenali menerusi lagu Segalanya Pasti itu, menyambut ramah kehadiran tetamu terdiri daripada artis-artis muda tempatan, Ara Johari, Ryan Deedat, Adam Lee, Muna Shahirah, Uchop, Luqman Faiz, Tuah Azmi termasuk DJ Lin. Aida yang menderita Bell’s Palsy sejak 19 tahun yang lalu, sempat berkongsi status terkini kesihatannya, selain mengimbau pengalaman menjadi anak seni yang dikira sangat bermanfaat untuk diteladani anak muda. Bukan itu saja, Hijab & Heels sempat merakamkan momen wanita cekal ini menyampaikan lagu Segalanya Pasti. Sesi ziarah diakhiri dengan penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengarang Hiburan BH Shamsul Azree Shamsir. @abpbh_32

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

 Aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) ABPBH 32 itu diteruskan pada hari keberangkatan pulang ke Kuala Lumpur, Ahad lalu.
 
Rombongan ABPBH32 sempat menziarah cucu kepada penyanyi kumpulan Zabarjad, Malek, iaitu Mawar Hananiah Mohd Izat Hakim, 2, yang menghidap kanser Neuroblastoma tahap empat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
 
Malek atau nama sebenarnya Ab Malek Mohd Amil @ Mohd Amir, 50, berkata, cucunya yang mesra dipanggil Nia itu dikesan menghidap penyakit saraf itu ketika usianya menginjak setahun lebih.
 
Nia baru menjalani kimoterapi terakhir selepas sambutan Aidilfitri lalu dan dibenarkan pulang dengan pengawasan rapi oleh ayah dan ibunya.
 
Namun begitu, Jumaat lalu, kesihatan Nia semakin terjejas apabila mengalami demam panas dan doktor menasihatkan beliau supaya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital.
 

Emma Maembong (dua dari kiri), bersama Adam Lee, She Pandora dan Kanda Khairul (tiga kanan) sempat menziarahi cucu kepada penyanyi kumpulan Zabarjad, Ab Malek Mohd Amil (empat kanan) yang menghidapi kanser di Hospital Sultan Ismail. Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir (kiri), turut mewakili warga ABPBH 32 dalam melaksanakan program CSR ini.

 
Aktiviti CSR itu disertai barisan selebriti yang juga calon awal iaitu Emma Maembong, Adam Lee dan Kanda Khairul, selain She Pandora.
 
Selepas Johor Bahru, ABPBH 32 akan meneruskan siri jelajahnya di Alor Setar, Kedah, pada 24 Ogos depan. Ini disusuli acara santai bersama kelab peminat, #FANtastik dan showcase istimewa yang akan diadakan di Eco Grandeur, Puncak Alam, pada 14 September depan.
 
Teruskan mengundi selebriti pilihan anda bagi menentukan lima selebriti yang mendapat undian tertinggi bagi senarai akhir ABPBH 32 menerusi www.abpbh.com.my.
 
 
Foto: NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 1 May 2020

Nasi kerabu imbau kenangan berbuka di kampung

Hotel Maya buat penghantaran ke rumah

Acara Mon, 12 Sep 2022

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

So happy for Ernie & Syamel! Teruskan berkarya .

Acara Thu, 5 Sep 2019
Acara Fri, 20 Dec 2019
Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!