Acara By: Ad Ops March 7, 2019 @ 4:00pm

Piala Seri Endon 2019 tawar hadiah wang tunai berjumlah RM150,000!

Pertandingan berprestij yang mengangkat rekaan batik, Piala Seri Endon kini memasuki edisi ke-16 dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan RM150,000 serta piala iringan yang menjadi impian setiap pengusaha batik dan pereka fesyen.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Ketua Pegawai Operasi Yayasan Budi Penyayang (PENYAYANG), Datuk Leela Mohd Ali dalam satu sidang akhbar dan sesi taklimat yang diadakan pada 5 Mac lalu di Wisma Penyayang, Seri Kembangan.

piala seri endon

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali memberi sesi taklimat kepada tetamu yang hadir. (FOTO: NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI)

“PENYAYANG berharap untuk menarik penyertaan yang bermutu tinggi dalam kesemua tiga kategori iaitu Fesyen, Kemasan Lembut dan Kraf Tangan. Pemenang pertama untuk setiap kategori bakal menerima wang tunai berjumlah RM30,000, tempat kedua RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000. 

“Penyertaan sudah dibuka dan tarikh tutup penyertaan bagi pusingan pertama ialah pada 16 April 2019 sebelum jam 1 petang. Pihak kami akan menghubungi peserta yang berjaya ke pusingan kedua pada 19 April dan mereka akan diminta hadir ke bengkel fesyen,” katanya.

Piala Seri Endon

Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali (kiri) dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Suryani Senja Alias (tengah) melihat hasil rekaan produk batik peserta pertandingan tahun 2018. (FOTO: NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI)

Yang turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Pengerusi PENYAYANG, Nori Abdullah; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Suryani Senja Alias dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

Piala Seri Endon adalah inisiatif PENYAYANG bagi menyemarakkan industri batik negara, selain diharap mampu melahirkan bakat baharu dan pereka batik yang terbaik bagi memastikan industri batik terus berkembang.

Pertandingan terbabit akan diadili seramai 20 barisan panel juri diketuai oleh Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa yang turut hadir pada sesi taklimat itu.

Peringkat separuh akhir akan diadakan pada 23 hingga 25 Ogos 2019, manakala Pertandingan Akhir Piala Seri Endon 2019 bakal berlangsung pada 8 September 2019.

piala seri endon

piala seri endon

Antara koleksi pemenang-pemenang Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon tahun lepas dipamerkan sempena Majlis Sidang Akhbar Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon edisi ke-16 di Wisma Penyayang Taman Equine, Seri Kembangan. (FOTO: NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Acara Thu, 18 Jun 2020

Piza Nasi Lemak, cita rasa unik terbaharu daripada Pizza Hut

Kombinasi harmoni piza dan nasi lemak mesti cuba!

Acara Thu, 3 Nov 2022
Acara Fri, 21 Dec 2018

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Karnival Upin & Ipin 2018 ini akan berlangsung sehingga 23 Disember 2018.