Acara By: Padin March 27, 2022 @ 8:00pm

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team berhasrat menjadi pemangkin kepada para peserta untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan latihan.

Sepanjang sembilan minggu Program Team dijalankan, peserta menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirangka untuk membantu mereka dalam merancang masa depan.

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu bagi membantu golongan belia bersasar untuk pembangunan diri menerusi tiga peluang utama iaitu pendidikan, latihan dan pekerjaan.

Ia merupakan anjuran Selangor Youth Community di bawah naungan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan kerjasama Prince’s Trust International, sebuah pertubuhan antarabangsa diiktiraf yang diasaskan oleh HRH The Prince of Wales.

Bagi meraikan pencapaian para peserta, SAY telah menganjurkan satu majlis resepsi yang telah diadakan di Sunway Hotels & Resorts di Petaling Jaya baru-baru ini.

Turut dihadiri oleh Tengku Amir Shah, majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran orang ramai yang terdiri daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan penyokong program.

Tengku Amir Shah turut berasa bangga dengan kejayaan semua anak muda yang menyertai Program Team dan baginda berharap Selangor Youth Community dapat membantu ramai lagi anak muda di luar sana.

“Daripada pembentangan hari ini, kita dapat melihat bagaimana anak muda kita mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat mereka dan menjadi lebih baik dalam kehidupan.

“Walaubagaimanapun, kita harus akui bahawa sesetengah golongan berdepan dengan pelbagai cabaran (bangsa, jantina, agama, keluarga, dan latar belakang sosioekonomi) yang menghalang mereka mencapai potensi mereka sepenuhnya.

“Dalam Program Team, kami ingin membantu belia mengharungi cabaran yang mereka hadapi. Kami telah merangka modul yang dinamik serta bekerjasama dengan pelbagai organisasi yang sedia memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia.

“Kami sentiasa percaya pada keberkesanan dan kesan positif daripada tindakan kolektif orang ramai. Kami juga mengalu-alukan mereka yang turut berkongsi nilai dan objektif yang sama dengan kami di Program Team dalam memacu perubahan kehidupan golongan belia bersasar di luar sana,” katanya.

Majlis ini telah menjadi platform bagi peserta program Team untuk membentangkan pengalaman mereka selama sembilan minggu berada di dalam program dan juga perancangan masa hadapan mereka.

Sejak penubuhannya pada Jun 2020, beberapa siri pengambilan bagi Program Team sudah dijalankan di mana kohort 6 merupakan kohort pertama yang dijalankan di bawah kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kohort ini telah berjalan sejak awal Januari 2022.

Di samping sambutan itu, satu Memorandum Persefahaman (MOU) turut dimeterai antara Selangor Youth Community (SAY) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

MOU itu telah ditandatangani untuk memupuk semangat kolaborasi jangka panjang antara SAY dan JKM yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat luas melalui program-program yang dijalankan.

Selain itu, selaras dengan pelan perkembangan tamat program yang turut disertakan sebagai sebahagian daripada rangka kerja program, satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani bersama Manforce Group Berhad, sebuah badan swasta yang bertindak sebagai agensi pekerjaan yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Kerjasama ini bertujuan menghubungkan golongan muda dalam Program Team dengan peluang pekerjaan dalam pelbagai industri selepas tamat sesi latihan menerusi jaminan peluang pekerjaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 26 Feb 2020

Berpeluh sakan di gimnasium mewah, TP Zumba syok habis!

Aktiviti itu bersempena pelancaran Najwa Sports Black Series

Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Thu, 7 Mar 2019

Piala Seri Endon 2019 tawar hadiah wang tunai berjumlah RM150,000!

Piala Seri Endon angkat martabat industri fesyen batik negara

Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Acara Tue, 30 Jan 2018

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.

Acara Tue, 22 Nov 2022

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Wow menariknya!! Ada konsert WINGS, dikir barat oleh Issey, wayang kulit Pok Chu, bunga api dan banyak acara menarik lain! Jangan lepaskan peluang pergi PJ Folklore 2022 okey! 🤩🤩🤩