Acara By: Nani Ramlee January 13, 2020 @ 1:27pm

Rabbani dilantik sebagai Ikon Sahabat Quran Malaysia & Amazing Umrah Travel

Kumpulan nasyid popular tanah air, Rabbani dilantik sebagai Ikon Sahabat Quran Malaysia & Amazing Umrah Travel Sdn Bhd. Pengumuman itu dibuat pada satu majlis sidang media yang berlangsung di pejabat Amazing Umrah Travel yang terletak di Bandar Baru Selayang, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Amazing Umrah Travel Sdn Bhd, Hajah Sarni Abdullah, berkata reputasi baik kumpulan nasyid terkemuka ini di mata masyarakat terutama di Malaysia membuatkan pihaknyat idak teragak-agak untuk melamar kumpulan berkenaan menjadi individu yang boleh dijadikan ikon bagi mewakili apa yang diusahakan syarikatnya.

“Pertemuan pertama kali dengan Rabbani adalah ketika Amazing Umrah melakukan program mengumpul dana bagi projek membina sebuah sekolah tahfiz di Sijangkang. Dalam misi pencarian Amazing Umrah mencari ikon yang sesuai untuk membawa misi al-Quran ke dalam umrah, kami tidak nampak orang lain selain Rabbani.

“Lagipun, siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Rabbani. Pihak kami melihat Rabbani adalah ikon medium dakwah yang kuat dan masih relevan. Alhamdulillah, lamaran kepada mereka disambut dengan penuh mesra dan perjalanan serta ikatan yang terjalin berlaku dengan sangat mudah,” katanya ketika ditemui pad majlis berkenaan.

Rabbani Ikon Sahabat Quran Malaysia & Amazing Umrah Travel

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Amazing Umrah Travel Sdn Bhd, Hamidi Abd Wahab dan Sarni Abdullah sewaktu ditemui pada sidang media baru-baru ini. Kredit gambar: IM Channel

Amazing Umrah Travel Sdn Bhd adalah agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan Islamik dalam dan luar negara.

Istimewanya, pakej umrah yang ditawarkan Amazing Umrah Travel bukan sekadar umrah biasa tetapi turut membawa misi besar Khatam dan Tadabbur al-Quran di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram yang dianjurkan bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Quran Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Amazing Umrah Travel yang juga ahli kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, pihaknya bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama menerajui syarikat yang mengendalikan pakej umrah ini.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada Rabbani untuk menerajui Amazing Umrah dan Ikon Sahabat Quran Malaysia. Tidak dinafikan, cabaran melakukan umrah memang banyak tetapi melihatkan hala tuju destinasi menjadikan kami kuat untuk meneruskan pelayaran ini.

“Semestinya kami berasa sangat bersyukur dan teruja dengan pelantikan ini,” ujar  yang baharu sahaja dilantik sebagai Pengarah Urusan Amazing Umrah Travel sejak tiga bulan lalu.

Pada majlis sama, turut diadakan pelancaran program televisyen ‘Jaulah Quran Di Bumi Haramain.’

Ketua Pegawai Eksekutif Amazing Umrah Travel, Hamidi Abd Wahab, berkata beliau berharap Sahabat Quran Malaysia berjaya mengajak ahli seramai mungkin untuk menyemarakkan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka yang beragama Islam.

“Sahabat Quran Malaysia mula aktif sejak tahun 2016 bagi mengumpul seramai mungkin pencinta al-Quran di seluruh Malaysia. Hasrat terbesar kami dalam jihad ini adalah untuk merakamkan dokumentari pengembaraan al-Quran dan kami berharap semoga ia dapat direalisasikan.

Rabbani Ikon Sahabat Quran Malaysia & Amazing Umrah Travel

Sidang media yang berlangsung di pejabat Amazing Umrah Travel di Bandar Baru Selayang. Kredit gambar: Hijab & Heels

“Insya-Allah, kami akan memulakan penggambaran pada 14 Januari ini di Madinah serta Makkah dan insya-Allah program TV ini akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun ini,” katanya yang menyasarkan untuk membawa 5000 ahlul al-Quran bagi menyempurnakan misi khatam al-Quran yang dianjurkan.

Bagi mereka yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Amazing Umrah Travel Sdn Bhd di talian 03-61275005 atau 016-3953003. Maklumat juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.amazingumrah.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 8 Aug 2018

Ladies, Jom Serbu Konsert Anuar Zain Di Singapura Oktober Ini!

Anuar Zain Cinta Takkan Beakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30 malam di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Mon, 7 Oct 2019
Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Acara Mon, 29 Jan 2018

Jom Meriahkan Gegaria Johor Bahru

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Wed, 25 Sep 2019

Siapakah wanita yang pernah bertakhta di hati Exists?

Jangan lupa Konsert Exists Reunion Sabtu ini!

Acara Thu, 5 Dec 2019
Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

| Live TV