Acara By: Padin February 28, 2022 @ 2:32pm

Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Terjejas Pasca Banjir

Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda.

Sejak tercetusnya idea ini pada April 2020, program Kita Bantu telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang terkesan antaranya keluarga B40, pelajar, peniaga kecil, petugas barisan hadapan dan yang terbaru, golongan yang terjejas oleh banjir besar pada Disember 2021.

Setakat Januari 2022, sebanyak 50,405 penerima telah mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai dan pihak korporat seperti Sunway Group yang telah dikumpulkan melalui inisiatif Kita Bantu.

Pada kali ini, sumbangan telah diberikan oleh Lau Gek Poh Foundation diwakili oleh Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad, Gary Pang yang telah disampaikan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi membantu mengurangkan beban buat mereka yang terkesan dengan banjir di Selangor pada penghujung Disember 2021.

Sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan yang bertempat di Kampung Kebun Bunga Shah Alam. Sumbangan termasuk makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barang keperluan elektrik, alatan pembersihan, dan sebagainya yang diperlukan oleh mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda.

Bantuan barangan elektrik seperti pengisar, cerek jag elektrik, dapur das, dan periuk nasi merupakan antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan lain seperti Sungai Lui dan Batu 13, Puchong yang terjejas pasca banjir.

Sejak bermulanya banjir, pihak SAY bersama YRMS telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terkesan di beberapa daerah sekitar Selangor. Antaranya di Kuala Langat (melalui Majlis Belia Malaysia), Hulu Langat (melalui Yayasan Sukarelawan Siswa), Petaling serta Klang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Jul 2020
Acara Fri, 21 Oct 2022
Acara Fri, 10 Feb 2023
Acara Wed, 4 Dec 2019

Columbia Asia sumbang RM10,000 bagi merealisasikan impian pesakit kanak-kanak

Sumbangan dikumpul menerusi Larian Untuk Kanak-kanak 2019

Acara Sat, 9 Nov 2019
Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Acara Thu, 29 Mar 2018

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

Acara Fri, 26 Apr 2019

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Powercat perkenal Elizabeth Tan sebagai duta

Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.