Acara By: Padin March 2, 2023 @ 8:32am

Rangka Pelan Perniagaan Terbaik, Wang Tunai Cecah RM32,000 Ditawarkan Untuk Pelajar & Remaja

Hadiah wang tunai mencecah RM32,000 ditawarkan oleh Pertubuhan A Diversity and Inclusion Movement by The Youth (DIYC) kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan belia NGO yang berjaya menghasilkan pelan perniagaan terbaik

Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Persatuan Seniman, Pertubuhan Aspirasi Karisma, UniKL dan Next Gen Malaysia (CILT), Businesses Plan Challenge adalah pertandingan yang dibuka kepada bakal graduan institut pengajian tinggi awam dan swasta, Kolej Mara dan Vokasional selain belia berdaftar di bawah NGO.

Pengarah Program 1 DIYC Movement, Rehhahn Tudball berkata, pihaknya mencari kumpulan terbaik dalam merangka strategi serta mampu tampil dengan pelan perniagaan berpotensi tinggi untuk diperkembangkan.

“Melihat potensi anak muda terutama dalam kalangan penuntut universiti dan kolej tempatan yang mempunyai daya inovasi serta bersemangat untuk bersaing, kami yakin misi ini akan berjaya.

“DIYC Movement secara kolektif percaya ramai peserta sedia merebut peluang untuk tampil dengan pelan perniagaan jitu yang melayakkan mereka membawa pulang ganjaran wang tunai.

“Diharap mereka yang berminat terus mengisi borang penyertaan segera memandangkan hanya 30 kumpulan bakal ke pentas akhir,” katanya.

Tudball ditemui pada sidang media DIYC Business Plan Challenge yang berlangsung di Matic Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Seniman, Zed Zaidi yang menghantar dua pasukan membabitkan penggiat seni muda untuk bertanding.

Sebagai pelengkap, barisan juri berpengalaman dalam perniagaan yang juga selebriti popular, Nazril Idrus dipilih sebagai ketua, selain dibantu pelakon Sazzy Falak dan Ninie Chong menapis kumpulan terbaik.

Kehadiran agensi dan industri perniagaan di peringkat akhir juga membolehkan para peserta mendapat peluang kepercayaan mengembangkan idea perniagaan mereka.

Mengenai syarat penyertaan, Tudball berkata, selain dibuka kepada penuntut IPT dan belia NGO dengan setiap kumpulan mempunyai empat peserta, mereka juga dimestikan berusia 30 tahun ke bawah.

Sebanyak 30 kumpulan bakal bertarung di peringkat akhir yang berlangsung di Hotel Sunway, Iskandar Puteri Johor pada 13 dan 14 Mac depan.

Pelan perniagaan melayakkan mereka duduk di Top 30 itu akan mereka bentangkan di hadapan juri profesional iaitu Nazril, Sazzy serta Ninie.

Acara kemuncak yang dikendalikan Izzue Islam dan Sazzy itu juga dimeriahkan persembahan istimewa dari Ratu Rock Ella.

Hadiah pertama membabitkan kategori IPTA dan IPTS layak membawa pulang RM15,000 manakala naib juara menerima RM10,000 dan pemenang ketiga meraih wang tunai RM5,000.

Begitupun, dua lagi pemenang hadiah sagu hati tidak pulang dengan tangan kosong apabila bakal diberikan ganjaran sebanyak RM1,000.

Setiap pemenang turut menerima plak penghargaan serta sijil penyertaan, manakala untuk pendaftaran terus ke laman web www.diycx.org sebelum 5 Mac 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 4 May 2020
Acara Mon, 13 Jan 2020
Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Acara Mon, 23 Dec 2019

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Bahasa isyarat sangat menarik sebenarnya!

Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

Acara Tue, 30 Jan 2018

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.