Acara By: Ad Ops May 13, 2020 @ 7:05pm

Saranghae Ramadan Eid, The Series papar pengembaraan budaya Islam Korea

Sempena Ramadan yang mulia ini, Primeworks Studios dengan kerjasama Motion Content Group menampilkan satu rancangan istimewa, Saranghae Ramadan Eid, The Series.

Rancangan lima episod bersiri itu membawa penonton mengikuti budaya orang Islam Korea di Malaysia dan di Korea Selatan serta persiapan mereka ketika menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Siri berkenaan memaparkan pertembungan antara budaya Korea dengan Islam yang menerapkan nilai-nilai murni dan saling hormat menghormati, sesuai untuk tontonan umum terutama peminat rancangan Korea.

Kredit gambar: TV3 Malaysia

Episod pertama yang berjudul ‘Korean Muslims in Malaysia’ dihoskan oleh Hani Fadzil berkisar mengenai kisah Ahmad dan Emir serta kecintaan mereka terhadap Islam. Episod itu tertumpu pada perkongsian pengembaraan dua orang Muslim Korea yang menetap dan menyambut Ramadan di kawasan yang populasinya sebahagian besar beragama Islam.

‘Korean Muslims In South Korea’ pula adalah episod kedua daripada siri tersebut yang mengikuti kisah tiga orang Muslim Korea di Seoul yang bernama Daud, Seong Yong dan Bora Song. Dalam episod itu, mereka berkongsi kisah dan pengalaman selepas memeluk Islam yang keseluruhannya telah mengubah gaya hidup mereka di Korea.

Kredit gambar: TV3 Malaysia

Setelah berkenalan dengan Daud, Bora dan Yong, lanjutannya dalam episod ketiga siri itu, ‘Meet My Friends In Seoul’ menjelaskan perspektif teman rapat mereka yang sentiasa menyokong perjalanan mereka dalam mengenal Islam.

Episod keempat berjudul ‘K-Host Meets K-Mualaf’ pula dihoskan oleh pengacara TV Korea, Justin Choi bersama tetamu Khalid, Lee Seul dan Ayana Moon. Episod itu akan menampilkan dua warga Korea yang membincangkan mengenai kepercayaan agama mereka dan memberi penghormatan terhadap satu sama lain.

Kisah sepanjang Ramadan dan Aidilfitri menjadi episod akhir siri yang ditaja Coway Malaysia itu yang membawa penonton untuk menyaksikan persediaan Muslim Korea untuk menyambut musim perayaan itu.

Saranghae Ramadan Eid, The Series disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 6.30 petang bermula pada 29 April lalu dan akan berakhir pada 27 Mei 2020 di saluran TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 3 Nov 2022
Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Acara Mon, 6 Jul 2020
Acara Fri, 19 Jan 2018

AJL 32 Angkat Tema Fesyen dan Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan menyaksikan Fesyen dan Muzik diangkat sebagai tema utama. 

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.