Acara By: Bibi Ramli April 30, 2018 @ 6:00pm

Sebelum Tengok Filem Pulang, Baca Dulu Novelnya Untuk Ambil Feel

Rasa macam lama saja untuk filem Pulang terbitan Primeworks Studios mula ditayangkan di pawagam.

Tak sabar nak nikmati lakonan Remy Ishak yang penuh perasaan dan saksikan hasil karya Kabir Bhatia yang gerenti akan buat air mata anda berjurai-jurai.

Ingat tak drama Nur Kasih? Sedih, kan? Filem Pulang pun menjanjikan alunan emosi yang sama. Malangnya filem ini hanya akan release selepas Hari Raya Puasa. Dua bulan lagi!

Tak apa, anda boleh ambil feel cerita Pulang ini dulu dengan membaca novelnya yang dikarang khas berdasarkan skrip filem tersebut.

Foto: Primeworks Studios

Penceritaan

Pulang adalah sebuah kisap epik yang merentas 3 generasi, dari tahun 1940an ke sekarang.

Ia berkisarkan tentang seorang nelayan bernama Othman (Remy) dari Melaka yang membuat keputusan untuk belayar ke serata dunia bagi mencari harta dan kekayaan demi isterinya Che Thom (Puteri Aishah) dan anak tunggal mereka Omar.

Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti selama 61 tahun. Wah, sedihnya! Kalau anda, sanggup tak tunggu?

Filem ini sebenarnya diinspirasikan oleh kisah hidup Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar di mana datuknya telah belayar meninggalkan keluarganya tapi tak pulang-pulang.

“Dari kecil lagi, ayah pernah memberitahu saya dan adik-beradik tentang datuk kami. Pada tahun 2008, saya telah pergi mencari jawapan dan akhirnya jumpa,” kata Izham di majlis pelancaran novel Pulang di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat lepas.

Foto: Facebook Pulang The Movie

Penulisan

Penulis novel ini pula bukan calang-calang orang ya! Dia adalah Lily Haslina Nasir yang pernah menang pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 30 buah novel!

Antara hasil nukilannya termasuklah Izinkan Aku Jadi Sayapmu, Lelaki Lingkungan Cinta dan Awak Semanis Red Velvet. Anda pernah baca tak?

Dahlah skrip filem ini dikarang oleh penulis skrip terkenal Mira Mutaffa, jadi bila ia diterjemah dan dicantikkan lagi dengan penulisan Lily, gerenti novel ini akan tangkap leleh.

Nukilannya pasti akan menyentuh perasaan anda dengan memberikan gambaran hidup para nelayan dan kelasi yang merentas lautan pada suatu ketika dahulu.

Foto: Facebook Pulang The Movie

“Bila saya diminta untuk mengarang novel ini, saya tengah sibuk dengan novel lain. Jadi masa saya memang suntuk.

“Dan bila saya tahu yang filem ini adalah hasil kerja tangan Mira dan Kabir, saya ingatkan diri sendiri supaya jangan rosakkan hasil karya orang lain,” kata Lily yang berupaya untuk habis menulis novel ini dalam lebih kurang sebulan.

“Untuk penceritaan novel ini, saya fokus kepada kisah percintaan antara Thom dan Othman, tapi saya juga telah membuat banyak kajian.

“Salah satunya adalah dengan bersembang dengan Uncle Omar (bapa Izham) untuk mendapat gambaran tentang kehidupan ibunya.”

Foto: Primeworks Studios

Izham juga ada memberi komen tentang penulisan Lily. “Filem dan novel adalah dua bentuk seni yang berbeza. Filem itu 2 jam saja, tapi novel boleh mengambil masa 10 jam untuk baca. Maknanya ada lebih banyak cerita yang perlu disampaikan.

“Bila saya baca, saya memang terperanjat tapi dengan cara yang baik. Lily memang pandai mengolahkan cerita di sebalik cerita supaya secara keseluruhannya plot karya ini menjadi lebih kuat.

“Tapi pada masa yang sama ia masih menekankan fokus kepada cerita di mana Othman masih belum pulang. Saya memang kagum dengan hasil penulisan Lily.”

Jangan tak beli!

Novel Pulang berharga RM25 di Semenanjung Malaysia dan RM28 untuk Sabah dan Sarawak dan akan mula dijual pada pertengahan bulan Mei di kedai-kedai buku terkemuka. 

Cetakan pertama novel ini menampilkan Remy di muka depannya, tapi hanya 8,000 unit saja yang dikeluarkan. Jangan lepaskan peluang dan dapatkan naskhah anda sekarang!

Untuk info selanjutnya tentang Pulang, layari laman Facebook rasminya di www.facebook.com/pulangthemovie.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 22 Aug 2019
Acara Mon, 23 Sep 2019
Acara Tue, 7 Aug 2018

Mahu Wanita Berkeyakinan Dan Tampil Cantik Dengan MF Cosmetique – Maria Farida

Booth Hijab & Heels menerima kunjungan Datin Seri Maria Farida Atienza (Maria) di Karnival Jom Heboh (KJH) baru-baru ini.

Acara Tue, 29 Oct 2019

Spray anti VOC keluaran acson yang pertama di Malaysia

Memberi gaya hidup sihat dengan Pemulihkan udara dalaman!

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Wed, 17 Jan 2018

Asia Islamic Fashion Week 2018 Kuala Lumpur

Date: 29 March – 1 April 2018 Venue: MiTEC, KUALA LUMPUR Inspired by the vibrancy of the Muslim fashion scene and in an effort to further expand the industry, AIFW Event is pleased to bring […]

Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

| Live TV