Acara By: tex_admin October 29, 2019 @ 12:21pm

Spray anti VOC keluaran acson yang pertama di Malaysia

Disediakan oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Acson Malaysia, jenama penghawa dingin tempatan telah melancarkan Anti Volatile Organic Compound(VOC) yang pertama di Malaysia. Acson merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1984 yang menyediakan pengalaman penyejukan muktamad kepada pengguna. Ia lebih khusus dalam memberi kualiti udara dalaman yang terbaik bersesuaian dengan tagline mereka” Nature Breeze”(Bayu Semula Jadi). 

Oleh kerana itu, Acson Anti Voc Spray direka khas untuk menguraikan VOC yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai, vinil, pengegar udara dan produk pembersihan

Yeap Kin Oun, memberi ucapan pada majlis pelancaran produk terbaru Acson di Eatropika, Menara 1 Sentrum, Kuala Lumpur. Foto: NSTP/Syarafiq Abd Samad

Pengurus Besar Acson Malaysia, Yeap Kin Oun, berkata berkata, pencemaran udara berlaku dengan berleluasa, namun masyarakat mungkin hanya fokus kepada pencemaran yang boleh dilihat seperti jerebu walaupun ada banyak lagi pencemaran udara sekeliling mereka.

“Masyarakat sedar akan bahayanya pencemaran udara namun tidak sedar bahawa VOC juga memberi ancaman  yang tersembunyi di dalam rumah dan persekitaran dalaman adalah lebih, iaitu dua hingga lima kali lebih tercemar berbanding persekitaran luar. 

“Penyembur Acson Anti VOC amat mudah digunakan dengan memininumkan pendedahan kepada VOC. Ia boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi. Selepas digunakan, ia memerlukan masa selama 24 jam untuk membentuk lapisan salutan dan boleh bertahan sehingga dua tahun tanpa gosokan yang kuat di permukaan tersebut,” katanya

Penyembur Acson Anti VOC  di pelancaran produk terbaru di Eatropika, Menara 1 Sentrum.

Nano titanium dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan adanya kehadiran lampu. Selain daripada perlindungan terhadap VOC, penyembur Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau serta selamat untuk kegunaan dalaman. 

Sempena meraikan ulang tahun Acson Malaysia ke-35, mereka telah mengeluarkan dua model Aroma Diffuser yang sesuai untuk individu yang menginginkan kualiti hidup yang lebih tinggi. Aroma Diffuser dilengkapi dengan 130ml tangki air dan menggunakan USB untuk aktifkannya.

Aroma Diffuser di pelancaran produk terbaru Acson Malaysia di Eatropika, Menara 1 Sentrum.

Aroma Diffuser Speaker pula didatangkan dengan tangki air 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara bluetooth dan pemasa yang boleh dibuahsuai. 

Produk ini akan mula dijual pada 29 Oktober ini di stor dalam talian Acson dengan harga RM209 bagi penyembur Acson Anti VOC, RM169 bagi Aroma Diffuser dan RM229 bagi Aroma Diffuser Speaker manakala set minyak aromaterapi lavendar, eucalyptus dan serai yang dijual berasingan boleh didapati pada harga RM87. Setiap botol minyak aromaterapi mengandungi 5ml. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 4 Feb 2020

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Semua pun cantik-cantik dan berpatutan pula tu

Acara Thu, 20 Feb 2020
Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Fri, 25 Oct 2019

Partners in Parenting: Inisiatif bantu ibu bapa muda jaga anak

Tollyjoy, PPAS, dan Orphancare bekerjasama hasilkan platform pendidikan untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak

Acara Fri, 22 Nov 2019
Acara Fri, 10 Aug 2018