Acara By: Shaidah Shafie January 16, 2020 @ 4:57pm

Tema petang musim panas pacu Ummiriaz ke persada antarabangsa

Kombinasi simbahan warna pada waktu petang musim panas dan potongan sopan meletakkan jenama Ummiriaz International (Ummiriaz) dalam kelas yang tersendiri pada  program Gaya Fest 2019 yang berlangsung di Medan Majlis Amanah Rakyat (MARA) & Busana MARA Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Azura Shafawi bersama model yang memperagakan rekaannya pada program Gaya fest 2019, baru-baru ini.

Pengasas Ummiriaz, Azura Shafawi, berkata beliau terinspirasi dengan tema alam semula jadi dinamakan Sunset Soul iaitu matahari dan pantai yang menerbitkan elemen ceria serta pencahayaan yang terang dalam imaginasinya.

“Dengan tema petang musim panas dan matahari yang berwarna terang itu mencetus satu bentuk potongan persalinan yang saya suka dan menampakkan imej sopan pada pemakainya.

“Lebih-lebih lagi Ummiriaz sendiri memperjuangkan pakaiaan santun yang sesuai dengan semua peringkat usia, baik bagi yang berhijab atau tidak,” katanya ketika ditemui usai acara pertunjukkan fesyen pada program berkenaan.

Program pertunjukkan fesyen itu menampilkan 10 pereka fesyen atau usahawan fesyen di bawah bimbingan MARA dan ada antara yang terpilih mengadakan pertunjukan fesyen di luar negara.

“Ummiriaz sendiri berpeluang menjadi sebahagian daripada pereka yang terpilih memperaga hasil rekaannya pada acara Minggu Fesyen Amsterdam. Apa yang diperagakan di Gaya Fest ini akan dibawa ke sana.

“Saya sentiasa memikirkan persalinan yang selesa dan sopan untuk mewakili Ummiriaz dan kali ini potongan longgar yang menyediakan keselesaan kepada pemakai menjadi pilihan,” katanya.

Potongan bolos dan selesa menjadi keutamaan Azura untuk rekaan santun label Ummiriaz.

Melihat kepada persalinan yang digayakan, ia banyak bermain dengan warna alam terutama rona hijau yang begitu menyerlah sekali gus memperlihatkan rona segar dan fabrik yang digunakan juga membuatkan pemakaianya selesa dan ranggi dalam dakapan fabrik berkenaan.

“Saya menamakan tema ini adalah Sunset Soul kerana ia menggabungkan keindahan garis langit, pantai dan pasir serta bunyi deburan ombak menerbitkan suatu sisi harmoni yang sangat indah.

“Sifat semula jadi matahari itu sendiri adalah nuansa warna yang memberi nafas dalam perekaan fesyen dan saya mengambil cabaran mentransformasikan sisi berkenaan ke dalam rekaan saya,” katanya.

Satu lagi persalinan Ummiriaz yang memperlihatkan ciri ringkas, namun selesa untuk digayakan.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, berkata Gaya Fest 2019 adalah pertama kali diadakan bertujuan mengenengahkan usahawan fesyen yang dibimbing Mara.

 “Gaya Fest 2019 ini adalah program pertama diwujudkan MARA untuk mengenengahkan usahawan bimbingan MARA di bawah kluster gaya hidup.

“Di bawah kluster gaya hidup ini ada lima sub industri yang diperkenalkan iaitu fesyen, penggayaan, kecantikan, spa dan resort. Semua usahawan ini dibimbing oleh mentor yang dipilih MARA mengikut kecederungan mereka,” katanya pada acara sama.

Ujarnya lagi, antara bentuk bimbingan yang diberikan MARA ialah memastikan usahawan berkenaan berupaya meneruskan perniagaan yang diceburi dan menapak lebih jauh dalam industri seperti memasarkan produk dihasilkan ke luar negara.

“MARA membantu dari aspek mempromosi dan menaikkan standard produk mereka, mengadakan latihan untuk memahirkan mereka dengan perniagaan yang diceburi serta menyediakan lot perniaaan untuk mereka bertapak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 28 Nov 2019
Acara Mon, 8 Jun 2020
Acara Mon, 5 Feb 2018

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert

Tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini.

Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti

Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Acara Sun, 19 Jan 2020
Acara Sat, 29 Jan 2022

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak […]

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi