Acara By: Shaidah Shafie December 5, 2019 @ 9:02am

Touch ‘n Go eWallet, WWF Malaysia jalin kerjasama demi pemuliharaan hutan dan hidupan liar

Berdasarkan rekod dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah, 20 ekor gajah dilaporkan mati sepanjang tempoh bermula awal tahun sehingga berakhir Oktober 2019. Kematian haiwan berkenaan antaranya berlaku disebabkan pemburuan haram, terkena jerat, termakan racun atau termasuk perangkap yang dilakukan oleh manusia.

Seekor gajah betina ditemui mati selepas memakan racun di Johor . Gambar hiasan/NSTP/EMAIL

Dilihat sepintas lalu, 20 bukanlah satu angka yang kecil dan pengurangan populasi haiwan berkenaan amat membimbankan kerana ia sekali gus turut memberi kesan terhadap ekologi semula jadi.

Sehubungan itu, Touch ‘n Go (TNG) eWallet mengambil tindakan terpuji menjalin kerjasama dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dalam usaha pemuliharaan WWF-Malaysia untuk hidupan liar dan hutan yang semakin terancam.

Ignatius Ong berucap pada majlis Touch ‘n Go eWallet jalin kerjasama dengan WWF-Malaysia untuk membantu melindungi hidupan liar dan habitatnya. Foto: NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, berkata kerjasama yang akan berlangsung selama setahun ini diharap berupaya mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama mengambil bahagian dalam usaha menyelamatkan alam dan haiwan yang semakin diancam kepupusan.

“Kami menggabungkan  kepakaran teknologi kami dengan usaha WWF-Malaysia untuk mengajak orang ramai berkempen bagi membantu hidupan liar yang terancam hanya dengan satu klik pada telefon pintar mereka.

“Perkongsian ini juga membolehkan kami mengetengahkan kelebihan dan fleksibiliti Touch ‘n Go eWallet yang kini menerajui urus niaga harian rakyat Malaysia seperti pembayaran tol, urus niaga runcit, bil dan juga tempat letak kereta,” katanya pada majlis TNG eWallet Menjalin Kerjasama dengan WWF Malaysia untuk usaha pemuliharaan yang berlangsung di Taman Tugu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Ignatius Ong (kanan) dan Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim bertukar cenderamata pada majlis berkenaan yang berlangsung di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Foto: NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif  dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim.

Ignatius berkata, meskipun pihaknya menjalin kerjasama dengan WWF-Malasia, beliau juga berharap rakyat Malasia akan turut bersama-sama mengatasi isu semasa yang menjejaskan alam sekitar.

“Dalam temph 12 bulan akan datang, kami berhasrat untuk mendidik orang ramai bersama-sama WWF-Malaysia peka dengan apa yang berlaku terhadap alam sekitar.

“Kami mahu supaya orang ramai mempunyai kesedaran terhadap langkah untuk merawat dan memulihara alam sekitar selain sumbangan untuk menggerakkan kerja pemuliharaan yang berterusan,” katanya.

TNG eWallet adalah dompet elektronik (e-dompet) yang menyimpan wang elektronik (e-wang) dan boleh digunakan bagi melakukan pembayaran dalam talian untuk rakan dagang runcit, berbelanja di premis makanan dan hiburan serta pindahan dana mahupun pembayaran tol menerusi kaedah ‘Pay Direct.’

ARTIKEL BERKAITAN: Surcaj 10% Touch ‘n Go Untuk Bayaran ‘parking’ akan dimansuhkan!

Sementara itu, Sophia berkata,  beliau berbesar hati dengan kerjasama yang dijalin kerana ia menandakan wujudnya keprihatinan syarikat korporat terhadap hidupan liar dan alam sekitar, khususnya hutan dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti WWF-Malaysia.

“Saya bangga kerana ini adalah kerjasama pertama antara NGO dengan syarikat besar seperti TNG Digital Sdn Bhd. Kerjasama ini juga dijalinkan tepat pada masanya.

“Dunia semakin prihatin dengan masalah yang dihadapi seperti perubahan cuaca dan krisis alam sekitar. Kami mengalu-alukan lebih banyak perkongsian sebegini akan berlaku yang mana ia dapat menyatukan rakyat untuk menyelesaikan isu global seperti usaha pemuliharaan alam sekitar WWF-Malaysia,” katanya.

Bagaimana mahu menyertai kerjasama TNG eWallet dan WWF-Malaysia?

Bakal pengguna Tounch ‘n Go eWallet boleh mendaftar untuk akaun mereka dengan menggunakan kod TNGUBBMX bagi mendapatkan pin bernilai RM8 secara percuma dan dengan setiap pengaktifan Touch ‘n Go eWallet melalui kod ini, Touch ‘n Go eWallet akan menyumbang sebanyak RM4 kepada WWF-Malaysia.

Touch ‘n Go eWallet ini juga membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam penjagaan alam sekitar dengan menyediakan pelbagai program yang membolehkan pengguna membuat perubahan dan menyokong usaha WWF-Malaysia.

Sehubungan itu, apabila anda klik untk mendaftar dengan TNG eWallet, anda secara tidak langsung menyumbang terhadap kelestarian alam yang menjadi habitat hidupan hutan yang sepatutnya dilindungi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Jul 2020
Acara Thu, 14 Mar 2019

Demi keluarga, Noryn Aziz jual tudung

Anak lelaki dan keluarga cetus semangat buat dirinya.

Acara Sat, 21 Oct 2023
Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

Acara Thu, 13 Jun 2019
Acara Wed, 15 May 2019

Nikmati suasana membeli-belah 24 jam tanpa henti di Mood Republik Raya 2019

Pelbagai keperluan Aidilfitri disediakan kira-kira 100 usahawan tempatan

Acara Mon, 8 Jun 2020
Acara Sun, 24 Jun 2018

Pemenang Peraduan Hijab & Heels Teruja Berbuka Puasa Dengan Remy Ishak

Wah, bukan senang nak dapat peluang sebegini!