Berita gembira buat penggemar teh boba dan aiskrim. Jenama aiskrim popular, Wall’s kini berkolaborasi dengan jenama minuman teh boba popular, Tealive bagi memperkenalkan aiskrim baharu jenama itu, Tealive Boba-licious.

Kredit gambar: Instagram Tealive Asia
Hijab & Heels yakin ramai yang pasti sudah tahu kewujudan aiskrim Tealive Boba-licious kerana sejak beberapa minggu lalu, promosi aiskrim itu kerap muncul di laman media sosial.
Rata-rata penggemar aiskrim dan teh Boba melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan pelancaran aiskrim edisi terhad itu.

Kredit gambar: Rotikaya
Kini, aiskrim berkenaan sudah berada di pasaran dan anda boleh mendapatkannya di kedai serbaneka, stesen minyak dan kedai-kedai runcit berdekatan anda.
Menariknya, Tealive Boba-licious yang dijual pada harga RM2. 50 itu juga boleh didapati di cawangan Tealive terpilih.

Kredit gambar: Instagram Tealive Asia
Aiskrim berperisa teh susu dan digabungkan dengan kekenyalan boba itu pasti akan memberi nikmat yang luar biasa bagi setiap gigitan.

Kredit gambar: Rotikaya
Bagi mereka yang belum mencuba aiskrim Tealive Boba-licious, rasai kelainan dan keenakannya sekarang sementara stok masih ada.