Acara By: Yanie Baharom August 9, 2018 @ 10:00am

Wow! Fasha Sandha Pernah Memenangi Pertandingan Kerana Giginya Cantik!

Sepanjang mengenali aktres Fasha Sandha, belum pernah figura seni ini berkongsi kisah zaman kanak-kanaknya yang pernah
memenangi tempat ke-2 di dalam pertandingan gigi cantik di Pulau Pinang.

Berusia lima tahun ketika itu dan tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain sering dikaitkan dengan ‘penyakit’ liat memberus gigi selain taksub dengan junkfood dan coklat, bintang Teratai Kemboja ini pula sebaliknya.

Malah menjadikan amalan menggosok gigi dan berkumuh menggunakan produk pembersih mulut sejurus selepas makan, sebagai rutin hariannya
sehingga hari ini.

“Saya dengan emak saya sama. Kami berdua memang sangat menitikberatkan kebersihan gigi termasuk cerewet berkenaan produk yang dipakai. Boleh dikatakan, berus dan ubat gigi sentiasa dibawa ke mana-mana.

Foto: Hijab & Heels Archive

“Saya rasa tidak selesa jika selepas makan tidak memberus gigi. Sisa makanan yang terkumpul bukan saja membuatkan mulut seseorang berbau bahkan boleh menyebabkan plak, gigi rosak serta jangkitan pada gusi.

“Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi  suka melihat orang lain yang mempunyai barisan gigi yang cantik,”
katanya melakukan rawatan gigi dua bulan sekali secara konsisten.

Akui Fasha lagi, meskipun dirinya seorang yang amat menitikberatkan kecantikan gigi namun dia tidak pernah melakukan rawatan kosmetik gigi seperti veneer, crowning dan kawat gigi untuk mendapatkan gigi yang putih, cantik dan rata.

“Semua yang ada pada saya adalah asli. Saya tidak suka mewarnakan rambut, memakai bulu mata, buat gigi termasuklah benda-benda yang tidak bersifat semula jadi.

“Saya percaya kecantikan boleh diperoleh dengan menjaganya bukan mengubahnya kerana
semua itu tidak bersifat kekal. Prosedur kosmetik gigi ada kesan sampingan jika terlalu kerap melakukannya,” kata Fasha.

Foto: Hijab & Heels Archive

Ironinya, perkongsian rutin penjagaan gigi dan kenangan semasa zaman kanak-kanak yang dikongsikan ibu beranak dua yang masih cantik ini mempunyai signifikasi dengan pelantikan Fasha sebagai Ikon Aura White bagi mempromosikan produk terbaru keluaran syarikat itu iaitu ubat gigi.

Dihadirkan dalam tiga variasi iaitu Aurawhite Whitening HD Bright and Shine, Aurawhite Coconut Charcoal dan Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste, tugasan Ikon Aurawhite itu turut digalas Fasha bersama Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Pengasas Aurawhite, Datin Nur Furyna Muhd. Azmeer berkata, ketiga-tiga variasi ubat gigi Aurawhite ini diformulasikan khas menggunakan teknologi terkini yang bebas daripada bahan kimia dan dirumus khusus untuk memenuhi kehendak setiap pengguna.

Ujarnya ditemui di Meet & Dine, Cheras yang menjadi lokasi pelancaran produk itu, Aurawhite Whitening HD Bright and Shine mengandungi ekstrak minyak argan bagi mengekalkan kebersihan serta memutihkan gigi.

Foto: Hijab & Heels Archive

Sementara, Aurawhite Coconut Charcoal menggunakan arang kelapa sesuai bagi pengguna yang merokok dan menggemari makanan yang mengandungi bakteria.

Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste pula direka dengan gabungan kayu sugi dan daun sirih berkualiti yang mengandungi khasiat tinggi serta bagi memberikan nafas yang sentiasa berbau segar.

Fasha turut memberi rekomendasinya terhadap produk yang sudah dicuba sejak dua bulan lalu itu.

“Saya tidak mahu mewakili sesebuah produk tanpa mencubanya terlebih dahulu. Prinsip saya, tak elok berbohong dengan pengguna.

“Saya buat kajian dulu sebelum terima tawaran. Bukan ambil begitu saja. Lepas mencuba beberapa bulan dan saya lihat memang berkesan. Baru saya putuskan untuk terima tawaran daripada Aura White,” kata Fasha.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 24 Sep 2018

C-Cycle Challenge 2018: 1,200 Peserta Hangatkan Eco Santuary!

Lebih daripada sebuah sukan berbasikal, objektif utama penganjuran acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sesama masyarakat.

Acara Thu, 14 Mar 2019

Demi keluarga, Noryn Aziz jual tudung

Anak lelaki dan keluarga cetus semangat buat dirinya.

Acara Sat, 17 Aug 2019
Acara Wed, 8 Aug 2018

Ladies, Jom Serbu Konsert Anuar Zain Di Singapura Oktober Ini!

Anuar Zain Cinta Takkan Beakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30 malam di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Acara Fri, 19 Jan 2018

AJL 32 Angkat Tema Fesyen dan Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan menyaksikan Fesyen dan Muzik diangkat sebagai tema utama. 

Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

Acara Tue, 2 Apr 2019
Acara Mon, 23 Sep 2019
Acara Wed, 22 Jan 2020

| Live TV