Hiburan By: Del14 January 21, 2020 @ 1:00pm

“Orang Kenal K-Clique Dulu Baru Kenal Saya” – MK Tepis Dakwaan Lebih Popular

Penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique meluahkan rasa syukur apabila kehadiran mereka di dalam industri muzik semakin mendapat perhatian dan sehinggakan mereka dinobatkan artis tempatan yang mendapat jumlah penstriman tertinggi sepanjang 2019 di Spotify dan mengalahkan artis popular seperti Faizal Tahir dan Siti Nuharliza.

Berikutan daripada populariti yang dikecapi, MK mahupun K-Clique kerap mendapat undangan persembahan di Semenanjung, Sarawak dan Singapura dan terpaksa berulang alik dari Sabah demi memenuhi jemputan yang semakin lebat. 

Walau bagaimanapun, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan (24), menafikan dakwaan bahawa dia mahupun anggota K-Clique sering lambat ke lokasi persembahan dan kadang-kadang tidak muncul langsung walaupun sudah dibayar. 

Malah, tidak lama dahulu, MK pernah berkongsi melalui Instagram Story di mana dia teruja apabila mendapat tahu adanya bilik hotel di lapangan terbang yang boleh digunakan untuk tidur dan bersiap-siap jika ada penerbangan pada waktu-waktu yang tidak menentu kerana sering terkejar-kejar untuk menaiki pesawat. 

“Belum pernah lagi terjadi seperti apa yang dikatakan. Alhamdulillah, setakat ini semua orang berpuas hati dengan kami. 

“Saya dan anggota K-Clique masih lagi base di Sabah. Tawaran persembahan pula dari merata tempat..kadang-kadang di Kuala Lumpur, esok di Sabah…lusa kami di Kuching, Sarawak, lepas tu di Singapura pula.

“Saya memang tak mampu nak beri 100% untuk datang awal dari waktu show. Kadang-kadang sempat sampai seminit je awal, ada juga masanya terlewat tapi Alhamdulillah…organizer dan client semua masih faham dengan keadaan kami. Masih belum lagi ada kes berat seperti ‘no show’ dan sebagainya,” kata MK kepada XTRA ketika ditemui di majlis anugerah Era Digital Muzik Awards (EDMA 2019) baru-baru ini.

Kumpulan K-Clique berjaya memenangi dua anugerah pada malam itu, iaitu kategori Lagu Featuring Hit dan Rappers Paling Onz. 

“Semua itu rezeki dari Atas. From nothing to somebody, from somebody to nothing pun boleh jadi balik sebenarnya. Apa-apa pun syukur ke atas rezeki dan untuk tahun 2020, kami hanya mahu kekal konsisten dalam menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik tahun ini,” ujar MK lagi. 

Berbicara tentang sama ada anggota K-Clique lain berkecil hati dengan populariti yang dikecapi MK, dia dengan pantas mengatakan ‘tidak’.

“Saya pun orang kenal dari K-Clique. Jadi orang akan kenal mereka dulu, baru saya..jadi tak ada isu yang saya lebih popular.

“Tahun ini anggota K-Clique masing-masing akan ada hala tuju dalam karier mereka sendiri. Ada di antara kami yang mempunyai projek, akan keluarkan single atau album contohnya Tuju  akan mengeluarkan album  tahun ini.

“Benda-benda seperti itu bukan halangan, malah membuka lebih banyak pintu bagi diri masing-masing atau bagi kumpulan kami,” jelas MK apabila dikatakan menerima lebih perhatian daripada anggota K-Clique yang lain. 

Kredit Foto: Instagram @hairiwhuut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Penyanyi Pelamin Anganku Musnah Bakal Bikin Comeback?

Azie ditemui ketika menjadi artis jemputan menerusi Showcase Muzik-Muzik 33 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini memaklumkan dia tidak hilang dari ‘radar’ dan masih aktif membuat persembahan di Sarawak.

Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – “Mereka Sangat Menghormati Saya..”

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

“Sampai sekarang saya tak boleh brain, pihak belah sana tak menghormati keputusan mahkamah”- Datuk A. Aida

Featured Sun, 20 Feb 2022