Hiburan By: SGMS Faida January 20, 2020 @ 7:40pm

Diserang Penyakit Autoimun, Sikap Ashanty Mula Berubah?

Selepas dilaporkan menghidap penyakit Autoimun pada tahun lalu, penyanyi Ashanty sering dimasukkan ke hospital.

Pada November lalu, tubuhnya dipenuhi benjolan merah akibat daripada penyakitnya itu.

Sehubungan itu, isteri kepada komposer Anang Hermansyah ini dilaporkan mula berubah selepas mengetahui diserang Autoimun

“Bukan soal percaya atau tidak percaya, tetapi apa pun yang baik aku ambil. Seperti meningkatkan amal ibadah, solat dan ada beberapa perkara yang harus aku ikut.

“Aku fokus ke ibadah saja. Aku percaya ada hal begitu, ya ‘pagar’ aku berserah diri ke Allah,” ujar Ashanty kepada Kompas.com. 

Wanita berusia 35 tahun ini sedar mungkin ada kekurangan dari segi sikap dan tingkah lakunya namun mahu berubah perlahan-lahan.

“Mahu jadi orang baik kerana aku masih banyak kekurangan dan kesalahan. Kita manusia dalam pertuturan mungkin ada yang salah,” katanya. 

Terdahulu, Ashanty juga pernah menderita penyakit meningitis pada tahun 2013.

Tambahnya, dia turut mengambil makanan tambahan seperti suplemen kesihatan untuk menambahbaik keadaan tubuh. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 May 2019
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Amylea Azizan Mahu Pecah Tradisi Demi Nur 2

Bercerita tentang runut bunyi istimewa bagi drama rantaian Nur yang menerima lebih 10 juta tontonan sebelum ini, Amylea bakal menghasilkan sesuatu yang istimewa!

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

LIFESTYLE Sun, 20 Jan 2019

Penyakit Resdung Kulat, Apakah Itu?

Pernah Dengar Penyakit Resdung Kulat? Ini Penerangan Doktor Pakar Untuk Siapa Yang Belum Tahu