Events By: Salma Syahbuddin January 20, 2020 @ 2:33pm

Showcase #AJL34 Curi Perhatian Lebih 1K Penonton!

Seramai 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) telah memeriahkan acara Showcase  yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada Sabtu lalu  bersempena menjelangnya malam kemuncak AJL34 pada 9 Februari depan.

Acara yang berlangsung bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam itu turut memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli tiket AJL34 dan menyaksikan artis kesayangan mereka melakukan soundcheck sebelum acara berlangsung.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Antara finalis AJL34 yang membuat persembahan pada malam tersebut adalah Akim and the Majistret, Aina Abdul, Ernie Zakri, Kugiran Masdo, Hafiz Suip, Aman Ra, Hazama The Panglipur Lara, Naim Daniel, Bob Yusuf dan Haqiem Rusli. 

Showcase AJL34 itu turut mendapat sokongan McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi.” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia.
 
AJL 34 juga disokong oleh rakan penaja Celcom Xpax, “Layan Internet sepuas hati untuk semua yang anda suka. Hidup tanpa had dengan Celcom Xpax. Hidup tanpa had dengan Celcom Xpax” Serta geng radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

Mengangkat tema Warna-Warna Suara, pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung, antaranya dapat beramah mesra dengan para selebriti dan kemunculan maskot Ejen Ali serta Alif & Sofia bagi menghiburkan pengunjung cilik.

Sumber : Instagram @TV3Malaysia

Malah, para pengunjung berpeluang untuk membeli barangan eksklusif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad seperti Ejen Ali, Alif & Sofia, dan Anugerah Juara Lagu. 

So, tunggu apa lagi, jangan ketinggalan untuk rasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil nanti okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Kini Hafiz Suip Ubah Penampilan Diri!

Namun, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan imej berserban dan berjubah.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Events Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Saksi Akui Ditampar, Ditendang Perut Dan Kemaluan Oleh Pelakon Popular Ini

Semoga prosiding ini berjalan dengan baik dan lancar

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Labur Ratusan Ribu, Nur Sajat Taja Miss Grand Malaysia 2019

Pencarian ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 bakal diadakan di Hotel Meritz, Miri pada 28 April ini.

Acara Tue, 6 Sep 2022
Contest Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Nadia Brian Maaf pada siapa tu?

Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭