#BaikSemula
#BaikSemula adalah sebuah lagu istimewa yang dicipta untuk meraikan tema Anugerah Juara Lagu 35 bagi menyuntik semangat baharu kepada rakyat Malaysia yang telah mengharungi pelbagai cabaran dalam perjuangan menentang pandemik Covid-19 yang masih belum tamat.
Kolaborasi istimewa ini turut mendapat kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia.
#BaikSemula
Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique & Siti Nordiana
LIRIK LAGU
(1)
Aku rindu ramai orang Aku rindu banyak tempat Rindu banyak benda dan Aku rindu mengembara
I miss a lot of people I miss a lot of places I miss a lot of things And I miss all the adventures
Ku mohon Tuhan beri ku kesabaran Menempuh hari ku penuh kerinduan Mengajar diriku erti kehidupan Harus Kita teruskan
(Korus)
We stand together Bersama-sama Saat kita jauh dan sendiri Hanya sementara
We stand together bersama-sama Pasti ‘kan ada penghujungnya Kan baik semula
Semula aaa aaaa Baik semula x2
(2)
Aku, mengharap dunia kan cepat sembuh Hari hari ku tadahkan tangan, doa Bebas ke mana tanpa gemuruh
Ingin terbang ku ingin terbang Bersayapkan tenang bebas tanpa gangguan Hidup ini pasti akan bererti Kembali indah warna kita pelangi Bersama (YEAH) Lakar kembali yang pernah punah (YEAH) Contengan ini cuma sebentar
*Ulang Korus
Yang jauh di mata 'kan tetap di hati Saat bahagia pastikan baik semula
Yang jauh di mata 'kan tetap di hati Kan baik semula
*Ulang Korus
#BaikSemula #AJL35
Lagu: #BaikSemula Penyanyi: Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju & Siti Nordiana Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir, Mage, Tuju, Mike Chan & Karim Karam Penerbit: Faizal Tahir & Adib Hussin
Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama kami mulai 1 Februari 2021!
1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula.
2. Muat naik video anda di media sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube atau di aplikasi TikTok.
3. Sertakan tanda pagar #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda.
4. Video terpilih akan dipaparkan di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 35 sewaktu persembahan istimewa oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!
Galeri #BaikSemula