Hiburan By: SGMS Faida January 17, 2020 @ 9:55am

Asyik Dikecem Netizen…Aliff Aziz Beri Peringatan?

Gara-gara video kontroversi yang tular baru-baru ini, penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kecewa terhadap netizen.

Ini berikutan kata kecaman yang diterima di laman sosial media yang mengecam tindakan Aliff.

“Teruskan ketawa atas kesakitan saya. Ya, saya memang teruk. Saya yang buat masalah sendiri,” luahnya.

Aliff meluahkan rasa kecewa kerana tiada sesiapa yang tahu kesukaran dilalui selain menyifatkan ia tidak perlu dijelaskan kepada umum.

“Percayalah, cuba berada di tempat saya dan mungkin baru satu langkah anda sudah jatuh. Ya, saya sudah malukan orang tersayang. Tidak ada siapa tahu kesukaran saya. Tidak mengapa sebab tidak perlu jelaskan kepada sesiapa. Asal saja saya masih ada Allah. Tidak kira teruk macam mana orang fikir mengenai saya, saya tetap hamba-Nya,” katanya.

Penyanyi kelahiran Singapura ini berharap netizen tidak terus ketawa dengan situasi yang menimpa dirinya.

“Kelakar, macam mana orang boleh anggap diri sebagai Muslim seolah-olah percakapan mereka adalah hamba terbaik. Cermin diri dan lihat jika anda layak menjatuhkan hukum. Ia juga peringatan untuk diri sendiri. Rezeki semua daripada Allah. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya,” katanya.

Menerusi video yang tular itu, Aliff didapati membuka zip seluar seperti mahu menunjukkan kemaluan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, tidak jelas isi kandungan percakapan Aliff selain aksinya yang kelihatan tidak terurus serta cubaan beberapa individu untuk menenangkannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Jul 2022
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja termasuklah…

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Jom terus berikan sumbangan, layari Instagram Cinta Syria Malaysia sekarang!

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Eh, kenapa tu Mia Sara? Betul ke dah berubah sebab pengaruh rakan sebaya?