Hiburan By: Del14 January 23, 2020 @ 12:30pm

Jadi Rebutan, Hun Haqeem Redha Tak Cukup Tidur

Kejayaan di luar jangkaan drama Kampung People telah melonjakkan nama Hun Haqeem di dalam dunia lakonan dan kini pelakon berusia 22 tahun yang membawa watak Jaafar atau ‘Jekfer’ itu mula menjadi rebutan pengarah. 

Ketika sesi fotografi bersama BH, Hun mengakui terbabit dalam dua projek pada satu masa iaitu penggambaran drama The Gadis arahan Liyana Jasmay dan drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang diterajui Nabila Razali, juga untuk TV3. 

“Saya terpaksa bahagikan jadual.   Misalnya, saya tidak terbabit dengan penggambaran drama Seindah Tujuh Warna Pelangi di Batam, Indonesia, sekarang. 

“Jadi saya penuhi komitmen di lokasi drama The Gadis.  Melalui drama ini, saya berpeluan bekerja dengan produksi Liyana Jasmay iaitu Mermaid Studios buat kali pertama,” katanya kepada BH Online. 

Ketika sesi fotografi tersebut, Hun juga berkata dia hanya sempat tidur selama dua jam sahaja selepas seharian bekerja di lokasi penggambaran, namun dia redha kerana peluang tidak selalu datang bergolek. 

Malah, dia bersyukur kerana dalam tempoh setahun, kemunculannya dalam drama Kampung People telah membuka banyak pintu rezeki dan mengubah nasibnya sebagai seorang pelakon baharu yang mahu mencipta nama. 

“Kebetulan rezeki saya murah dengan TV3 selepas impak drama Kampung People.  Saya perlu nikmati semuanya dengan sebaik mungkin. 

“Tak pernah rasa kesal, saya anggap ini rezeki terpijak. 

“Ketika terima tawaran itu, saya tidak pernah menyangka drama berkenaan diminati ramai sampai trending. 

“Lebih utama, drama lakonan saya ditonton seisi keluarga.  Tidak hanya diminati golongan dewasa, peminat cilik juga kenal saya dan mengajak bergambar kalau berjumpa,” katanya lagi. 

 Selain Hun, drama The Gadis arahan Liyana Jasmay juga dibintangi Fatin Afeefa dan akan ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 tidak lama lagi. 

Kredit Foto: Instagram @hunhaqeem

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Events Mon, 2 Mar 2020

” Saya Terlalu Mahu Memeluk Ashraf” Ibu Ashraf Akui Bagai Terdengar Suara Arwah Di Rumah

Ibu mana yang tidak sayangkan anak sekiranya anak yang dikandungkan 9 bulan itu langsung tidak pernah menimbulkan kemarahannya sebagai seorang ibu. Malah, ibu Allahyarham Ashraf Sinclair sendiri mengakui, kehadiran Ashraf membawa kebahagian buat orang di […]

Featured Sun, 28 Aug 2022

Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Anna Jobling ingin digandingkan bersama orang lain?

Events Tue, 8 Jan 2019

#cnysohappy Tik Tok挑战!一起跳手势舞赢奖品

呼叫Tik Tok达人们~ 赶快参与「#cnysohappy Tik Tok挑战」赢取丰富奖品,且还有机会出现在八度空间脸书哟!

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍