Hiburan By: Del14 January 23, 2020 @ 3:32pm

Sweet Qismina Buka Peluang Bersedekah Melalui IG

Pelakon berbakat, Sweet Qismina membuka peluang buat pengikut Instagramnya (IG) untuk bersama-sama memperoleh pahala bersedekah di Tanah Suci Mekah apabila dia dijadualkan berangkat menunaikan umrah pada Ahad ini. 

Tiga hari lepas, Sweet telah memuat naik satu entri di akaun IG miliknya di mana dia memaklumkan niatnya untuk berkongsi pahala dengan pengikutnya. 

Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi (22), dia akan mengutip wang bagi tujuan bersedekah di Mekah dan Madinah sebagai salah satu amal ibadatnya di Tanah Suci nanti. 

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Maaf jika ada kekurangan tapi niat di hati hanya ingin berkongsi pahala dengan awak semua. Ini merupakan salah satu amal ibadah yang sweet nak sangat buat. I’ve asked a lot of people especially yang dah banyak kali pergi ke sana dan berpengalaman, also ada yang akan guide sweet ? My target is around 5k-10k sahaja, dibahagi separuh untuk sedekah di Madinah & Mekah. Mana yang berminat boleh mula sedekah hari ni 20/1/2020 hingga 23/1/2020. Tidak kisah berapa janji niat & ikut keikhlasan hati. I will update esok for anything. Put your trust in me, I will put 100% responsibility for your money. I really hope this amal ibadah will go smoothly in shaa Allah. Let’s do this! ☺️

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on

Terkini, Sweet telah berjaya mengumpul lebih dari RM4,000 daripada pengikut Instagramnya dan telah menunjukkan bukti kutipan beserta nombor akaun menerusi kemas kini di IG. 

“InshaAllah wang sedekah ini akan saya gunakan sebaik mungkin ketika berada di Madinah dan Mekah nanti. 

“Saya sudah mendapat maklumat kedai yang menawarkan penyediaan makanan dan minuman untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.  Saya terdetik untuk melakukan usaha murni ini selepas menghadiri kursus apabila ustaz memaklumkan ganjaran bersedekah di Tanah Suci. 

“Mungkin tidak semua orang berkemampuan untuk pergi menunaikan umrah, jadi saya nak wakili mereka dengan membawa duit sumbangan yang diberikan supaya mereka juga dapat pahala yang berganda,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

 
 
 
View this post on Instagram

Salam semua selamat pagi. Maaf atas segala kesulitan, just got back from Maybank branch and I’ve made a new account untuk awak lebih senang transfer, and keep on track about where the money goes later on. Ini nombor account baru, kalau boleh mintak jasa baik untuk awak transfer ke sini dan bukan account lama. Mana yang dah ter-transfer saya akan keep on checking the money and transfer to the new one. Ini bukti hasil kutipan sehingga pagi ni, Sweet transfer semua ke account baru kecuali RM2000 Sweet . Tomorrow will be the last day to transfer ya ? in shaa Allah akan dipermudahkan. Nombor Account Maybank : 514543225663 ( Farhanna Qismina ) ( if nak tahu details pasal sedekah ni boleh refer my previous post video ya )

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on

Sweet yang akan berada di Mekah sehingga 6 Februari depan berkata dia terpanggil untuk mengajak orang ramai untuk bersedekah di sana supaya mereka turut mendapat pahala berlipat kali ganda.

Dalam pada itu, kekasih kepada pelakon Adam Lee ini  juga akan menyertakan bukti setiap kali hasil kutipan sumbangan itu digunakan supaya tidak ada yang mempersoalkannya kelak. 

“Saya akan memuat naik video dan gambar hasil sedekah yang anda hulurkan dari semasa ke semasa.  Lagipun jumlah yang dikutip tidak besar, namun amanah ini akan saya jaga. 

“Takkan saya ada niat jahat dengan duit yang orang ramai berikan.  Saya pun nak mengerjakan umrah dan berada di Tanah Suci,” kata Sweet yang menyasarkan kutipan sebanyak RM5,ooo hingga RM10,000 untuk di bawa ke sana. 

Pelakon filem Pusaka ini juga meluahkan rasa gembiranya kerana dapat membawa ibu tersayang menunaikan umrah setelah sekian lama berhajat untuk menjejakkan kaki ke sana dan turut meminta orang ramai supaya mendoakannya memandangkan ia juga merupakan Umrah pertama buat Sweet. 

 
 
 
View this post on Instagram

Bawak mama pergi umrah sebelum umur 25 tahun, ✅ ! Alhamdulillah ? #misi2020

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on

Kredit: Instagram @sweetqismina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2019
Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Panas! Akhirnya Fathia Latiff Berubah

Isu viral yang melibatkan beliau menjadi perhatian ramai menerusi Bigo Live, isu membuka hijab dan datang lambat ke lokasi penggambaran dijadikan satu rujukan agar dirinya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

《妈妈咪呀》第七季马来西亚海选!寻找有潜力妈妈舞台施展才艺

自2013年开播以来累积了上亿观众良好口碑的大型女性励志才艺真人秀节目《妈妈咪呀》迎来第七季!

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Khai Bahar Sengau Nyanyikan Luluh?

Jadi bagaimana dengan persembahan setiap finalis Anugerah Juara Lagu 34 (AJL33) setakat ini? Ada mendakwa persembahan Khai Bahar melalui lagu Luluh sebentar tadi agak ‘sengau’ walau pun cuba melontarkan suara ‘falseto’ menarik sambil diiringi piano […]

Acara Fri, 30 Jun 2023

SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Wah dah tak lama lagi mesti gempak habis!

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Ibu Niezam Zaidi Meninggal Dunia

Salam takziah buat Niezam