Hiburan By: SGMS Faida November 12, 2018 @ 4:31am

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia memiliki sebab tersendiri mengenai pemilihan dua protege dalam program Mentor 7 yang berlangsung malam tadi.

Hafiz mengekalkan Mohd Amal Mohd Faudzi (Amal) dan Muhammad Azmirul Hafiz Azman, (Azmirul) kerana berpuas-hati dengan persembahan dua pemuda ini ketika menyampaikan lagu tugasan masing-masing.

“ Saya boleh rasakan tenaga yang mereka sampaikan. Bukan itu sahaja, semangat dan komitmen mereka membuatkan saya lebih yakin mereka mampu menjadi protege yang bakal memberi saingan hebat.

“ Saya tidak nafikan ketiga-tiga mereka hebat dan memiliki keunikan tersendiri cuma persembahan Nadia penghayatannya sedikit berbanding Azmirul dan Amal,” katanya ketika ditemui sejurus tamat konsert kedua Mentor 7 di Sri Pentas 2, malam tadi.

Tambah Hafiz, tenaga dan penghayatan amat penting untuk menjadi seorang penghibur.

“ Saya sendiri pernah menyertai pertandingan program realiti. Dua elemen di atas adalah sangat penting.

“ Tetapi jangan salah faham, saya tidak bermaksud Nadia tidak bagus. Saya lihat dia juga ada bakat untuk jadi artis rakaman satu hari nanti. 

“ Nadia juga ada pengalaman menyertai pertandingan nyanyian di stesen lain sebelum ini, saya percaya dia boleh pergi jauh,” katanya.

Hafiz juga memaklumkan pemilihan Amal dan Azmirul bukan disebabkan keduanya tidak mempunyai pengalaman dalam industri hiburan.

Konsert kedua Mentor 7 turut menyaksikan langkah Siti Nurnadia Mohd Rozi (Nadia) beraksi di konsert ketiga terhenti.

Undian sebenar Mentor 7 akan bermula minggu depan dengan permarkahan berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

‘Handal Macam Mana Pun, Tak Guna Kalau Tidak Beradab’- Anak Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Pesanan Terakhir

Pelakon Khir Rahman memaklumkan arwah bapanya, Datuk A Rahman Hassan merupakan seorang yang amat mementingkan adab. Sepanjang hayatnya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya agar terus menjadi insan yang kaya dengan budi bahasa.  “ Setiap masa […]

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘Antara Ramai Pengarah, Mawi Je Yang….’- Along Cham Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Tiada Tajuk’

Kata Along, Mawi antara pengarah yang ‘rare’ pernah dia bekerjasama. Apa yang ‘rare’ tu Along?