Contest By: Ad Ops October 2, 2019 @ 11:11am

Single “Andai Nanti” Serlah Kematangan Vokal Mu’izz Zulqarnain

Pemenang program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia Musim Kedua iaitu,  Mu’izz Zulqarnain kini telah melancarkan single pertamanya berjudul, ‘Andai Nanti’  pada 29  September lalu.  Ha, buat penonton setia ICSYVMY2 korang mesti dah tahu best atau tak suara Mu’izz ni kan?

Andai Nanti  merupakan hadiah Mu’izz Zulqarnain hasil lagu ciptaan Aaron Jiam, dan penulis lirik oleh Fedtri Yahya. Mengisahkan tentang dua orang sahabat yang suka antara satu sama lain tetapi terpaksa berpisah kerana ingin menyambung pelajaran dan berharap akan berjumpa kembali.

Lagu bergenre balada ini telah dilancarkan pada 29 September lalu menerusi laman Youtube rasmi Monkey Bone. 

Menurut Mu’izz,  genre balada amat serasi dengan vokal beliau, namun itu tidak semestinya pada masa akan datang, beliau tidak mahu mencabar vokal beliau sendiri dengan pelbagai genre lain.

“Genre balada memang serasi dengan vokal saya namun sekiranya diberi peluang, saya nak cabar diri sendiri untuk mencuba semua genre kerana tak mahu terlalu selesa dengan genre yang dibawakan sekarang.” katanya kepada Xtra.

Tambah penyanyi berusia 17 tahun ini, beliau mengakui sejak kecil lagi beliau gemar menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Namun, usia seringkali menjadi halangan sehinggalah #ICSYVMY mengenakan syarat kepada mereka yang berbakat di awal usia 15 tahun ke atas. 

“Saya memang suka menyanyi, dan menyertai pertandinagn nyanyian. Tapi, selalunya mereka hanya buka penyertaan bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan itu sedikit sebanyak tidak berpihak kepada saya, memandangkan saya tidak cukup syarat seperti mereka kehendaki. Sehinggalah, bila saya nampak iklan #icsyvmy2 yang memerlukan syarat peserta 15 tahun ke atas, saya terus grab peluang ini.” katanya.

 

Bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini, Mu’izz juga menyifatkan sentiasa fokus ketika sesi pembelajaran adalah amat penting. Kebiasaannya,  waktu petang adalah masa beliau untuk menyanyi dan malam adalah masa beliau membuat revision. 

 

Pilih Hael Husaini dan Haqiem Rusli

Turut menjadikan Hael Husaini dan Haqiem Rusli sebagai inspirasi. Bagi Mu’izz kedua-dua penyanyi ini memiliki kelebihan tersendiri dari segi vokal dan  pengalaman mereka ketika menyertai pertandingan nyanyian dahulu sebelum menjadi popular.

Sumber : Instagram @haelhusaini

Dalam pada itu, Mu’izz berterima kasih kepada semua warga Malaysia yang banyak memberi kata semangat dan berharap agar semua peminatnya sentiasa menyokong kerjaya seni beliau.

Opss! Bagi  korang yang mempunyai bakat nyanyian bolehlah hadirkan diri ke ujibakat I Can See Your Voice Musim Ketiga, pada 12 dan 13 Oktober 2019,  bermula jam  9 pagi hingga 5 petang, bertempat di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya.

Jangan lupa okay!

Sebelum tu, kita layan sikit lagu daripada Mu’izz Zulqarnain ni!

 

 

Ditulis Oleh: Dina Azmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Munafik 2 Kutip RM 40 Juta, Syamsul Yusof Terus Demam Terkejut?

Pengarah berbakat besar ini bersyukur dan berharap mesej filem ini sampai dan menjadi inspirasi kepada pendakwah di luar sana. Alhamdulillah…

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Thu, 15 Feb 2018

NORA DANISH TAKUT MANDI KOLAM RENANG

Makhluk yang tidak diundang itu rupa-rupanya menceroboh rumah Nora melalui kolam renang. Sehingga sekarang Nora tidak berani mengambil risiko bermandi dalam air yang telah dicemari oleh makhluk bernama ‘biawak’ itu.

Events Sat, 24 Feb 2018

DFKL 2018 INI BAKAT YANG KAMI CARI!

Menurut pelakon dan pengarah terkenal yang juga merupakan Juri Kreatif pada siri jelajah DFKL2018 di Johor Bahru ini, Sheila Rusly atau lebih gemar dipanggil Sis, berharap mahu melihat peserta yang hadir untuk diujibakat datang dengan persiapan dan idea yang baru serta bernas

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Penangan PGL 2020, 5000 Tiket Terjual Walaupun Belum Ada Pelakon?

Siapa agaknya jadi Hang Tuah dan Gusti Puteri??