Jika dahulu, terlalu banyak rancangan drama TV yang mengangkat tema percintaan antara dua darjat, hubungan cinta tidak direstui keluarga atau perkahwinan yang dirancang oleh keluarga namun kini, berbeza pula dengan kandungan drama TV yang dipaparkan pada hari ini.
Mungkin juga kerana penonton sudah bosan dengan jalan cerita perkahwinan antara dua darjat dan fantasi kehidupan gologan orang atasan semata-mata. Mungkin juga penerbit menyedari bahawa kandungan drama TV yang dipaparkan harus mempunyai mesej dan nilai moral kehidupan seharian dan bukanlah berlandaskan kepada fantasi atau sekadar trend semata-mata.
Penonton Malaysia semakin bijak menilai, mereka mahukan kandungan drama yang menyentuh realiti kehidupan semasa, justeru drama Titian Takdir yang ditayangkan di slot Lestary TV3 ini dilihat mengangkat tema hubungan kekeluargaan yang boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan seharian. Drama bersiri yang mempunyai 13 episod ini menerima pujian positif daripada netizen di laman Twitter.
Gandingan para pelakon seperti Sweet Qismina, Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Fimie Don dan ramai lagi membuatkan penceritaan drama ini dilihat sempurna.
“Kita perlukan lebih banyak drama Melayu macam ni bukan drama bercinta, kahwin paksa”
we need more drama melayu like #TitianTakdir not drama bercinta kawin paksa miskin anak dato’ pastu bila kawin suami tiba tiba perangai cam sial
— seira (@quesayra) February 6, 2020
“Tonjolkan watak dan karakter yang positif'”
#TitianTakdir is indeed one of the shows that really has all the values of life. It portrays all the positive characters in every relationships. Unlike other Malay dramas, this is one of the best so far??
— Faith (@marxhyyy) February 6, 2020
“Drama yang menyentuh hubungan kekeluargaan”
The more you hate, the more you love!#TitianTakdir teach you how to appreciate your siblings.
— Alin.lee (@alinNAR1) February 6, 2020
“Salah satu drama Melayu terbaik pernah ada”
I think Titian Takdir is one of the best malay drama. Its about siblings, family, and how they love each other and tried to reunite after several years apart.
— Rosie ? (@Eyllyo) February 6, 2020
Sumber: Twitter
Titian Takdir- Kasih sayang antara adik beradik
Drama ini mengisahkan empat adik beradik iaitu Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu sejak kecil dan terpaksa tinggal dengan ibu saudara meraka, Mak Ngah Yun dan nenek mereka, Wan Jah tanpa belaian kasih sayang keluarga yang sebenar. Kerana konflik yang melanda mereka terpisah, setelah meningkat dewasa Angah cuba menyatukan kembali keluarganya namun konflik timbul apabila masing-masing kini mempunyai kehidupan sendiri.
Jangan lupa tonton drama ni kat TV3 tau!