Hiburan By: Del14 January 24, 2020 @ 3:30pm

“Kau Dah Lah Tak Kaya, Kau Gatal Pulak Lagi…” -Janna Nick Sound Laki Orang

Pelakon, penyanyi dan pengacara Melodi, Janna Nick baru-baru ini mendedahkan melalui Instagram Story telah menerima kiriman mesej daripada seorang lelaki yang mengajaknya berkahwin. 

Pada mulanya, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah binti Muner berkata dia terpanggil untuk berkongsi tangkapan skrin mesej tersebut kerana berasa ianya kelakar apabila lelaki itu memanggil jari jemarinya sebagai gempal!

“Dah lama saya impikan nak genggam jari jemari awak yang gempal-gempal tu, lalu saya akan bawa awak menuju ke cahaya kebahagiaan..InshaAllah,” tulis lelaki itu.

Namun, setelah mendedahkan mesej tersebut, permintaan lelaki itu memeranjatkan Janna kerana dia sebenarnya berstatus suami orang dan telah meminta jasa baik Janna untuk memadamkan paparan mesej yang dikongsi di Instastory. 

“Adoi awak ni. Tak nak lah kawan awak dah. 

“Padam lah. Bini saya tahu mati saya nanti.

“Tolong lah padam Janna..saya merayu kat awak,” tulis lelaki itu setelah menukar nama IG dan gambar profilnya. 

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga mengajak Janna untuk keluar berdua tetapi meminta Janna supaya memakai niqab supaya mereka tidak diganggu oleh peminat-peminat Janna dan tidak membenarkan pelakon Aku Kau Kita itu bercakap dengan mana-mana lelaki lain selainnya. 

“Tapikan kalau betul awak nak kahwin dengan saya..ada syaratnya.  Salah satunya awak tak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki selain saya, Dini sekalipun. 

“Syarat yang lain tu saya akan beritahu selepas kita kahwin. Faham?” tulisnya lagi. 

 

Menurut Janna, ia adalah satu kebiasaan bagi golongan artis untuk menerima mesej sebegitu tetapi selalunya ia tidak diendahkan.

Janna yang pada mulanya merasakan perbuatan lelaki itu sebagai sesuatu yang melucukan  berkata bukan niatnya untuk mengaibkan lelaki tersebut tetapi sekadar memberi peringatan kepada kaum lelaki terutama sekali yang sudah beristeri supaya berfikir dua kali apabila hendak menghantar mesej yang tidak sesuai kepada kaum hawa yang lain, mahupun selebriti. 

“Penat dia lahirkan anak, jaga makan minum pakai korang , jaga zahir dan batin tapi dapat  suami yang menggatal dengan perempuan lain.  Tolonglah hargai isteri masing-masing. 

“Yang tak ada duit, tak boleh bagi isteri kekayaan…jangan lah dah lah tak kaya, kau gatal pula lagi!” bebel Janna dalam video yang dimuat naik di Instastorynya. 
 
Kredit Foto: Instagram @jannanick

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

“Menulis Bukan-Bukan Dan Tanpa Usul Periksa” Anuar Zain Kata Netizen Kurang Ajar!

Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Betul Ke Zul Ariffin Jatuh Cinta Dengan Azira Syafinaz ?

Wah! Nak tau sweet ke tak Zul dan Azura Syafinaz, kenalah baca artikel ni okay!

Featured Thu, 18 May 2023
Featured Sun, 10 Sep 2023
Fab Foodies! Mon, 6 Jan 2020