Categories: DramaTrending

Ceriakan Ramadan Dengan Filem Komedi Seram ‘Pemburu Saka’, Sufian Suhaimi Tampil Sebagai Watak Utama

Satu pengalaman huru-hara dan penuh jenaka. Ceriakan Ramadan anda dengan filem komedi seram ini! Pastikan anda tidak terlepas tarikh keramat 27 Mac 2024 kerana anda akan disajikan dengan filem komedi seram terbaharu iaitu ‘Pemburu Saka’ hanya di platform penstriman video Tonton.

‘Pemburu Saka’, sebuah filem bergenre komedi seram mengisahkan Zack, seorang anak jutawan yang kehilangan kedua ibu bapanya akibat ilmu hitam yang dihantar oleh pihak yang ingin menjatuhkan keluarganya. Semenjak itu, Zack berhasrat untuk mempelajari ilmu perubatan Islam dan seterusnya menubuhkan satu pasukan yang bertujuan membanteras bomoh-bomoh amalan khurafat di seluruh Malaysia. Namun, dapatkah hasratnya terlaksana dengan kehadiran kekasih Zack yang membantah penglibatannya dalam kegiatan dunia mistik?

Berbeza dengan karya-karya lain oleh pengarah ini di mana kebanyakannya merupakan drama bersiri, hasil titik peluh pengarah ini dijangka akan membawakan kelainan dalam dunia perfileman. Dengan pendekatan plot yang lebih mudah difahami, filem yang diarahkan oleh Pali Yahya ini pastinya bakal menarik hati penonton di samping tema jenaka yang dibawakan serta unsur keislaman yang mampu memberi kesedaran.

Filem ini juga mengetengahkan Sufian Suhaimi sebagai watak utama iaitu Zack yang mengetuai pasukan memburu saka. Antara barisan pelakon yang akan membuat penonton tidak kering gusi ialah Bell Ngasri, Nabila Huda dan Farouk Husain.

Apa yang anda tunggu lagi? Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan alami sendiri pengalaman seram pecah perut dengan ‘Pemburu Saka’. Jangan lepaskan peluang untuk menonton kandungan Tonton di Smart TV sekarang! Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di laman-laman media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #PemburuSaka. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Atiqah Johari