Drama By: Maya Basir April 15, 2022 @ 11:15am

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Pelakon Ali Reza mendedahkan dirinya mengambil masa beberapa hari untuk mencari keserasian dengan pelakon Sharifah Rose untuk drama terbaru mereka, Do You Love Me Captain?

Do You Love Me Captain? ditayangkan di slot Lestary TV3 merupakan drama adaptasi novel karya penulis popular Sophilea.

“Beberapa hari pertama memang ‘awkward’, masing-masing malu tak nak bercakap, senyap je sebab kita tak tahu lagi macam mana nak masuk dalam watak tu.

“Apa yang saya buat ialah saya cuba untuk bercakap dengan Rose, tanya banyak soalan dan fikirkan idea bersama dan kemudian ketengahkan idea itu kepada tuan pengarah,” kata Ali.

Ali ditemui ketika sidang media maya drama Do You Love Me Captain? pada Selasa.

Dalam pada itu, Rose juga turut berkongsi dia sangat seronok sepanjang menjalani penggambaran drama ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya gembira dapat bekerja dengan team produksi ini. Sangat mudah untuk berlakon dengan mereka. Saya berharap agar drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat, Insya-Allah,” kata Rose.

Drama ini mengisahkan Daneena (Rose) melarikan diri daripada rancangan jahat makcik dan tunangnya dan menyembunyikan diri dalam sebuah rumah banglo di atas bukit milik Darish (Ali), seorang pemilik syarikat penerbangan tempat Daneena bekerja.

Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidup tanpa gangguan makcik dan tunangnya.

Berjayakah rancangan mereka?

Saksikan drama 25 episod Do You Love Me Captain? yang boleh ditonton pada setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Nov 2021

Gadis Tetap Gembira Walaupun Hanya Tunang Secara Ringkas & Santai Di Restoran

Kisah romantik seorang lelaki yang melamar teman wanitanya di sebuah restoran pernah tular di laman TikTok pada bulan lalu. @aidilriza_ Dulu lapar tapi sekarang dah kenyang. Dulu takde drip tapi sekarang berenang, dulu single, sekarang

Trending Mon, 25 Jan 2021
Trending Fri, 19 Jul 2019

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Semoga segala urusan pasukan misi kemanusian ke Gaza sentiasa dipermudahkan. Aamiin

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Tue, 13 Apr 2021

“Biasalah Keluar Makan…” – Digosipkan Ada Hubungan Dengan Daiyan Trisha, Ini Respons Ben Amir

Pelakon Ben Amir menangkis gosip yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Daiyan Trisha. Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 31, dia dan Daiyan hanya sekadar kawan. Sebelum ini, nama Ben dan

Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Trending Sat, 5 Feb 2022

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase. Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC,

Events Sat, 9 Jul 2022
Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bapa Syamel Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ernie Zakri Mohon Doa

Mari kita sama-sama doakan kesembuhan buat bapa Syamel dan bapa mentua, Ernie Zakri ❤️ Semoga dipermudah segala urusan mereka

| Live TV

error: Content is protected !!