Categories: DramaTrending

“Segala Cacian Dan Carutan Hanya Untuk Fahad & Amani!”- Netizen ‘Naik Berang’ Tonton Cinta Sekali Lagi

Selepas penangan drama Hati Yang Tersakiti kali ini Cinta Sekali Lagi turut mencuri perhatian penonton dengan jalan ceritanya yang memberi tekanan perasaan buat penonton.

Maka tidak hairanlah sekiranya drama ini juga antara yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

“Semua carutan boleh guna Fahad & Amani je”

Drama yang menggandingkan pelakon hebat Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha ini ternyata memberi impak yang besar buat penonton dan peminat setia drama melayu.

Malah, ada yang membandingkan watak Amani dan Farah lakonan Mimi Lana dalam drama Hati Yang Tersakiti yang dianggap ‘sangat’ menyakitkan hati.

Chill lah geng…

Bagaimanapun, muat naik Saharul Ridzwan menerusi akaun instagram miliknya turut dibanjiri pelbagai komen yang mengecam lakonan beliau menerusi drama tersebut.

Jadi, buat semua penonton Cinta Sekali Lagi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam hanya di TV3.

Dan, untuk mengetahui info terkini mengenai drama Cinta Sekali Lagi jangan lupa, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Salma Syahbuddin