Drama By: Afiqah Azizan June 9, 2023 @ 10:35am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Diva Seroja’

Pengalaman di sekolah mampu membentuk personaliti dan minat yang mendalam bagi perkara baharu. Situasi inilah yang diketengahkan menerusi drama Lestary terbaharu yang berjudul ‘Diva Seroja.’

Siri ini menyoroti kisah sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 yang bersekolah di Sri Seroja Private School. Mereka adalah Amanda (lakonan Puteri Balqis), Maya (lakonan Harissa Adlynn), Vivy (lakonan Amanda Tan), Shanty (lakonan Kashika Selvam) dan Leyla (lakonan Amirah Shahirah).

Seperti remaja biasa, mereka juga cakna dengan kemodenan teknologi. Malah, mereka adalah pengguna aktif aplikasi pemesejan yang dikenali sebagai Besties.

Kehadiran guru baharu yang dikenali sebagai Cikgu Suzila (lakonan Fasha Sandha) telah membawa pembaharuan kepada hidup gadis-gadis ini. Pada awalnya, Cikgu Suzila telah berasa terkejut dengan status kebudayaan sukma sekolah swasta itu yang sudah tidak aktif bertahun lamanya.

Sebagai strategi untuk menghidupkan kembali kegemilangan kelab tersebut, guru kecil molek ini telah mengambil keputusan untuk memujuk kumpulan Diva Seroja untuk turut mengambil bahagian.

Misi Cikgu Suzila untuk memartabatkan kembali budaya dan tarian tradisional Melayu dalam kalangan pelajar sekolahnya bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya bersama kumpulan Diva Seroja. Mampukah guru ini berjaya merealisasikan visinya bersama para pelajarnya itu?

Cerita Apa? ‘Diva Seroja’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 13 Jul 2023
Drama Mon, 27 Mar 2023
Drama Tue, 1 Aug 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Aku Yang Kau Sakiti’

Perasaan manusia sukar dikawal.

Drama Thu, 18 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bunga, Aku Tunggu’

Obsesi bukanlah perkara yang sihat.

Drama Fri, 19 May 2023
Drama Tue, 23 May 2023
error: Content is protected !!