Drama By: Afiqah Azizan December 29, 2022 @ 1:12pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kerana Cinta Itu Ada’

Kisah percintaan sentiasa penuh pancaroba. Drama terbaharu slot Akasia, ‘Kerana Cinta Itu Ada’ membawakan perjalanan cinta yang diuji pelbagai cabaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Nabila Aulia (dilakonkan oleh Nabila Razali) atau lebih mesra disapa sebagai Bella merupakan wanita berpendidikan yang mempunyai visi dalam hidupnya.

Tengku Aisy Mateen (dilakonkan oleh Aedy Ashraf) juga tidak kurang hebatnya. Dia adalah seorang yang bekerjaya dan turut datang dari latar belakang keluarga yang disegani.

Walaupun pertemuan awal mereka berdua tidak bermula dengan begitu baik, takdir telah menyatukan dua jiwa ini. Dek bunga lily, berputik pula kisah cinta. Namun, ia bukan semanis yang disangka. Tatkala mereka yang dipercayai menikam belakang, sudah tentu hati akan terluka.

Fitnah memisahkan dua jiwa biarpun secara rasmi, hubungan masih kekal sah. Usaha mencari sebuah bahagia masih diteruskan. Benarlah kata-kata bahawa “Cinta itu anugerah” dan “Definisi jodoh itu cuma takdir yang tahu.”

Saksikan gelora yang ditempuhi pasangan ini dalam ‘Kerana Cinta Itu Ada’ pada jam 7 malam menerusi slot Akasia di saluran TV3 bermula 28 Disember ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 Dec 2022

Imbasan 2022 Gamit Peristiwa & Tragedi Penting Sepanjang Tahun

Sepanjang tahun 2022, rakyat seluruh dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mengalami beberapa peristiwa penting yang telah memberi impak besar kepada hidup masing-masing. Imbasan 2022, dokumentari khas terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 […]

Drama Thu, 21 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Melastik Ke Hatimu’ Musim Kedua

Siri ini kembali untuk musim kedua.

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Featured Fri, 27 May 2022
Featured Tue, 14 Feb 2023

Hanya Beza 2 Markah, Joe Flizzow & SonaOne Terharu Lagu Hip Hop Masih Diiktiraf – “Kami Bekerja Seperti Di Level Antarabangsa”

Bezel Rollie warna pelangi satu malam di Temasek, Royal flush that bukan lagi suspect! Havoc persembahan Joe & Sona! 🤩🤩